Skip to main content

Memalukan orang Islam

Pagi tadi aku dengar satu siaran radio ni...ada la sedutan rancangan ala-ala temubual dgn artis ni....menyumpah seranah aku dengar jawapan dia pasal satu isu ni, yang memang terang-terang dia org yg macam tu lagi takmau mengaku. Dia ni memang hangat dengan pakaian dan aksinya yang seksi lately....

Namanya sikit punya gempak, minah saleh campur dengan nama Islam (ada stated perkataan Islam kat nama dia). Kalau korang nak tahu sape, sila la google ye sebab aku takkan letak nama penuh dan gambar dia kat sini...memalukan aku sebagai orang Islam.

Si penemubual ni tanya dia...."adakah anda seorang yang seksi, artis tak cukup kain" (lebih kurang la words soalan tu cenggini). Pastu si artis ni jawab "Tidak". Katanya "Seksi tu terpulang pada tafsiran masing-masing dan saya rasa saya tak seksi. Nak kata tak cukup kain, kat umah ada berlambak-lambak kain." Masa ni aku dah tersenyum sinis, bodoh punya jawapan...macam sengaja letakkan leher kat tali gantung je...

Pastu si artis ni siap sambung lagi komen dia pasal seksi tu....katanya..."Masa muda-muda ni la saya nak pakai seksi, takkan dah tua-tua esok baru nak pakai seksi-seksi..." Ya Allah, naik geram aku dengar....memang cetek sungguh pemikiran artis ni. Memalukan nama sendiri yang stated perkataan Islam di situ dan memalukan umat Islam yang lain. Apa dia ingat kewajipan menutup aurat tu hanyalah bila umur dah tua??? Kalau ko mati sebelum sempat tua camne???

Nampaknya Nur Al-Islam tu tak sampai pun nur nya kat artis ni, atau sengaja dibutakan hati agar tak nampak nur Islam di situ???

Dan kalau dah tegar sangat nak jadi artis seksi, dan tak boleh nak terima kewajipan menutup aurat...at least gugurkan nama Nur Al-Islam tu dari nama dan panggilan ko. Memalukan umat Islam seluruh dunia tau tak???

p/s: Sedih dengan manusia jahil camni....harap ada manusia yang sudi mentarbiah si artis ni....

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...