Skip to main content

Old Town White Coffee On The Go

Disclaimer: Ini bukan post berbayar ye...hanya nak share cerita aku je....



Korang pernah nampak tak billboard ni???


Aku hari-hari nampak kat tepi Federal Highway dekat-dekat dengan jambatan kabel (Motorola) tu. Sebagai peminat setia kopi maka aku pun sorak yeehaaa bila ternampak iklan ni. Tak perlu la aku pegi lepak kat Old Town kalau nak minum kopi diorang yang superb tu. Korang jangan risau, produk kopi di Old Town memang dapat sijil halal Jakim. Hanya produk makanan diorang yang masih meragukan...Jakim dah sahkan pemberian sijil halal untuk produk minuman Old Town White Coffee. So atas sebab itu jugak aku rasa teruja bila nampak iklan ni....boleh la aku still minum kopi diorang even dari rumah.

Old Town White Coffee ni dah lama keluarkan yang jenis serbuk dalam paket kecil tu tapi bagi aku tak best sangat, mungkin cara bancuhan tu tak sama so tak terangkat macam yg diorang served kat kopitiam. Yang di iklankan kat sini ialah yang ready made dan di tinkan....mesti la sedapkan sebab diorang yang bancuhkan.

Since aku ternampak iklan ni, aku pun mengintai la kat shelf-shelf di super dan hyper market kalau-kalau ada terjumpa...boleh aku rembat dan test apa rasanya. Malangnya belum jugak ketemuan..... Last weekend masa pegi shopping groceries kat Tesco Extra tup,tup ternampakkan si idaman hati ni....apa lagi, hubby aku yg jugak peminat Old Town ni pun rembat la 2 ketul paket yang 6 tin tu ye...maknanya kitorang beli sedozen....hambik ko..... Harganya agak mahal la berbanding air tin biasa, kalau Milo dan Nescafe tu 6 tin dalam RM8++ tapi kopi Old Town ni 6 tin RM12++. Bila calculate balik lebih kurang je dengan harga kat kopitiam, plus aku tak perlu bayar service charge dan Gov. tax untuk minum kopi ni.....so jadi jimat la balik kan. Minyak kereta pun jimat....time pun jimat.

Yang bahayanya bila dah ada kopi ready made ni ialah aku asyik la mengintai peti sejuk, rasa macam nak minum air tu je....tak sedar diri tengah pregnant lagi mau minum kopi banyak-banyak. Nasib baik iman kuat (buat masa ni lah), kalau tak kuat alamatnya sedozen tu tak sampai seminggu dah licin boliao.

Korang try la minum...berbaloi-baloi...hehehehe

P/s: Post ini adalah dari penggemar kopi...so layankan jelah....

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma