Skip to main content

Semalam ku bermimpi....

Hahaha...nak dijadikan cerita, semalam aku mimpi tentang seorang member forum/member blogger aku iaitu achik Nieza dan anak-anaknya Suffiya dan Zulaikha.

Kisahnya macam ni...

Aku, hubby dan anak-anak dalam perjalanan di highway untuk bercuti ke selatan tanahair (lokasi tu tak sure pulak ke mana). Kitorang berhenti sekejap untuk salin CD Farzana kat satu RnR (CD tu beb...padahal aku tak pernah pakaikan Farzana CD time nak pegi jalan-jalan). Tengah kat dalam toilet ladies tu tetiba achik Nieza masuk dengan mendukung Zulaikha dan memimpin Suffiya....pun nak tukar CD jugak....kkebetulan sama le pulok...hihihihi...

Kitorang pun chit-chat la pasal CD masa kat toilet tu....aku pun tukar CD Farzana dan humban ke dalam baldi CD yang aku selalu guna kat rumah....hahahahaha...sungguh tak logik, takkan aku nak hangkut sekali baldi tu bawak gi jenjalan kot....kehkehkeh.

Dan siap agenda salin menyalin CD maka kami pun berlalu pergi tanpa sempat aku tanya achik Nieza nak pegi mana sebenarnya.....???? Lepas tu aku pun terjaga bila Farzana nangis nak menyusu...

Pagi ni aku rasa ralat sebab tak tau kitorang nak pegi jenjalan ke mana....dan aku jugak tak tau achik Nieza nak pegi mana. Mungkinkah kitorang akan pergi bercuti bersama-sama????

Comments

iLa said…
gelak besar akubaca mimpi tak logik ko ni..aku pun smlm mimpi bodoh..laki aku kena tikam ngan india kat tgh jln..tetiba india tu bertuka jd opis mate aku..bodoh!
iLa said…
opps,lupe nak ckp..aku pun dah bercd utk 2nd bby aku..ade la 12 lai.coolabby 10,luna 2..besh gak bercd ni ye..hehehe
Asu Bahiyah said…
Orang kata kalau mimpi org meninggal maknanya si dia tu panjang umur....meh kita aminkan sama-sama.

Aku sokong hang guna CD, memang baguih....save your pocket sambil saving the earth. Rasa macam super hero pulak kan?

Popular posts from this blog

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa