Semalam terbaca Utusan Online pasal pelakon, pelawak dan DJ Radio Era.Fm yang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat virus infection di dalam darahnya....khabarnya Din Beramboi di induced to coma condition untuk mengelakkan virus tu merebak dan merosakkan organ dalaman.
Pagi ni aku dengar berita yang agak melegakan iaitu Din Beramboi telah kembali bernafas tanpa alat sokongan...alhamdulillah. Dia telah menjalani proses dialisis untuk membersihkan darahnya dan telah mendapat bekalan darah baru dari tabung darah. So kepada sesapa yang prihatin, silalah menderma darah di Tabung Darah Negara bagi menggantikan semula darah yang telah digunakan oleh Din Beramboi...he's blood group is O positive.
Berita dari Utusan yang aku baca tu mengatakan bahawa Din Beramboi dijangkiti virus Lepto yang berasal dari kencing tikus....benar atau tidak, kita nantikan perkembangan terkini dari media massa. Sebenarnya ujian dan kesengsaraan yang ditanggung oleh Din Beramboi ada hikmah disebaliknya. Khabar angin mengenai jangkitan virus tersebut telah menjadi peringatan buat kita semua yang hampir-hampir terlupa pasal virus Lepto ni....cerita pasal virus ni pernah heboh diperkatakan suatu ketika dahulu. Khabar ini juga membuatkan ramai pihak membuka mata dan memandang berat tentang hal-hal kebersihan terutamanya di premis-premis menjual makanan.
Aku berharap segala penderitaan Din Beramboi ini tidak sia-sia...kesedaran yang timbul diharap akan menambah baikkan keadaan sedia ada.... Semoga Din Beramboi kembali sembuh seperti sedia kala, dan semoga ahli keluarga Din Beramboi tabah menghadapi dugaan ini....amin.

Comments