Skip to main content

Susah nak zzzzz....

Malam semalam aku susah betul nak tido....mengiring ke kiri tak selesa, mengiring ke kanan pun serupa. Si kecil di dalam rahim ni asyik la menendang tiap-tiap kali aku cuba nak berbaring mengiring...last-last aku redha jelah tido terlentang, sesuatu posisi tido yang amat jarang aku lakukan. Aku agak mungkin dia cuba berpusing atau meregangkan badan, mungkin lenguh kot...macam kita la orang dewasa....

Aku memang tak tido menelentang kerana aku akan rasa sempit dada dan sesak nafas jika tido dalam posisi berkenaan....entah kenapa..... Nasib baik sunnah Nabi Muhammad SAW menyarankan kita agar tido mengiring, kalau menelentang alamatnya tak dapat la aku ikut sunnah tu...

Oh ya....akhir-akhir ni jugak aku selalu bermimpi yang bukan-bukan, ada yang memenatkan, menakutkan dan ada jugak yang menyakitkan. Apakah maksudnya???

Hubby aku kata "Kalau tido tak baca doa camtulah...mimpi yang bukan-bukan..."

Masalahnya adalah aku tido bukan sekadar berdoa tetapi aku baca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan Surah Empat Qul....tapi masih lagi bermimpi yang aneh-aneh.

Suatu malam tu aku bermimpi melahirkan baby secara Cesarean, ketika itu aku masih sedar dan melihat perut di hiris....ngilu betul rasanya.....sampai terbayang-bayang rasa sakit itu bila sudah terjaga dari tido.

Di malam yang lain pulak aku bermimpi bertemu dengan pontianak....berkali-kali aku membaca Ayatul Kursi dan Al-Fatihah tetapi pontianak tu tidak juga tertewas. Apabila Farzana merengek mahu menyusu, aku terjaga....dan sesudah menyusu dan kembali terlena, mimpi pontianak bersambung semula.....aiseh...ngeri beb.....

Disebabkan acap kali bermimpi yang aneh-aneh ni, aku terasa letih badan apabila bangun esoknya...seolah-olah badanku tidak direhatkan ketika tido. Benarlah kata orang, tido itu adalah mati sementara...jasad terbujur kaku tetapi roh kita meraya-rayau ke serata alam.

Aku berdoa agar malam-malamku tidak lagi dikunjungi mimpi-mimpi aneh sebegitu....amin....

Comments

Ina Hashim said…
masyaAllah...camne leh kerap mimpi bukan2 nih...byk sgt tgk citer seram kuts

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma