Skip to main content

Tips Pengerat Cinta Suami Isteri

A few weeks ago tetiba aku dapat email ni dari En.Hubby...I was like...

"What??? Dia tak happy ke dengan cinta aku???"

Tapi aku cuba positifkan diri dan read all through the email till the end...manalah tahu ada lagi yang terkurang kat mana-mana. I posted the email here to share with all of you...jom kita amalkan....

***************************************************************************

Suami Bercinta (Bertahan Atau Berundur)


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Konflik berterusan iaitu kecurangan pasangan
Di sini persoalannya mahu bertahan atau berundur?
Apabila berlaku konflik ini tentu sekali kewajipan terhadap isteri dan anak diabaikan.

Perbelanjaan Rumah tangga si isteri yang tanggung malahan si isteri juga menanggung si suami termasuklah perbelanjaan si suami dengan teman wanitanya kerana pendapatan suami tidak mencukupi.
Si isteri betul-betul tertekan tetapi cubalah pertahan rumahtangga yang dibina dan jangan berundur.

Cuba usahakan tip pengerat cinta suami isteri ini.Diambil dari laman :www.wanita2u. com

Mulakan dari sekarang :Mungkin pasangan akan rasa pelik atau janggal tetapi usaha yang baik jika tidak dimulai tentu rugi malah jika dilakukan berbaloi:)

*Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ketempat kerja masing-masing. - Done tapi yg portion isteri jelah, hubby aku takde cium dahi pon...

*Jika berpisah lebih dari sehari seperti tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir. - Hok yang ni tak pernah buat sebab...sssyhhhhh...rahsia...takut ada orang kecik hati.

*Walau sesibuk mana sekalipun ,luangkan masa menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang dilakukan. -Done

*Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I Love You sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan ditelefon dan sebelum tidur. -Partially done...hanya buat bila rasa nak buat. Kena improve nih.

*Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja. -Always done....pantang ada peluang mesti kitorang dating for breakfirst dan lunch.

*Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda ambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. -Done tapi selalunya aku yang sibuk bercerita itu ini sebab hubby aku ni tak banyak cakap kalau tak kena topik.

*Luangkan masa untuk berbual tentang apa saja dari isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. - Not done sebab time ni sibuk nak tidurkan anak-anak dan siapkan beg-beg diorang untuk ke sekolah esok. Most of the talk was done during dalam kereta but we rarely talk about politics sebab lain-lain parti...hehehehe....karang gaduh susah beb.

*Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekalipun apatah berhari-hari. -Partialy done, kitorang memang mudah berbaik-baik tapi takdelah dalam tempoh sejam tu dah cooled down. Sometimes kena bagi lebih time untuk each of us fikir balik baik buruk apa yang kitorang gaduhkan tu.

*Teman Pasangan semasa menonton rangcangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya,kerana apa yang penting ialah berada disisi pasangan. -Done, aku memang selalu teman dia tengok bola sambil aku buat sudoku atau baca buku/magazine.

*Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. -Ini yang payah sikit...aku selalu tertido terus dengan Farzana lepas susukan dia malam-malam. Kalau aku terjaga tu aku balik la tido kat katil dengan hubby....anyway kitorang anak beranak tido sebilik, anak-anak tido atas tilam kat lantai.

*Amalkan solat berjemaah semasa dirumah,berdoa bersama serta bersalam-salaman selepas solat. -Kalau dah dedua solat, siapa nak tengokkan anak-anak??? Dulu masa belum ada anak memang selau la amalkan solat jemaah ni, sejak dah ada anak ni je dah tinggalkan terus. Maybe later on boleh buat balik bila Fatini tu dah besar dan boleh diharapkan untuk jaga adik-adik.

*Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. -Haish...mana ada geli??? Aku yang selalu jadi DBKL, tukang sapu bersih left out hubby....tak baik membazir (padahal awak tu yang buruk lantak...hihihihi).

*Sesekali,buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa saja yang anda tahu pasangan pasti menyukai. -Bab beli-beli ni payah sikit sebab hubby aku la menteri kewangan kat umah tu...lagi pun kalau pasal pakaian biar jelah dia yang pilih sendiri, cerewet sangat. Ada lagi 2 helai baju yang aku beli dia tak pernah pakai sebab tak kena dengan taste dia....gggrrrr.

*Senda gurau dalam rumahtangga amat penting,ceritalah sesuatu yang kelakar,teka- teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. -Kitorang memang selalu bercerita (ke aku yang banyak cakap daripada dia yek???) baik dari segi kerja, rumah mahupun isu semasa. Bergurau senda tu memang selalu la...bab usik-mengusik dan geletek-menggeletek pun memang dah jadi tabiat.



Tawan hati pasangan semula,perbaiki diri kita,
Jika segala usaha daya telah dilakukan ,berdoa dan bertawakal.. .
Tentu Masih Ada Kasih Sayang Bertaut.

Pincangnya satu-satu hubungan pasangan ialah kemesraan yang amat kurang dan terlalu memendam perasaan .Apabila hal demikian mengambil tempat,renungkan ...'dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya ALLAH menyukai (mencintai) orang yang berbuat baik.'

Salah satu kaedah berbuat baik ialah saling memahami dan komukasi hati ke hati.

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma