Skip to main content

Salam Hari Jumaat

Hari ni dah Jumaat, hari terakhir bekerja dalam minggu ni....bestnya esok dapat cuti.....yeay!!

Aku dan family takde la plan apa-apa yang spesel, nak-nak pulak perut dah berat ni....dah tak lalu nak berjalan sana-sini. Pergi makan kat Mid Valley pun dah penat berjalan dari parking ke kedai-kedai kat situ...itu pun baru kat level LG...nak merayap sampai foodcourt kat atas mintak maaf le....

Aku suka dapat cuti sebab dapat berehat kat umah, spend masa senggang dengan suami dan anak-anak walau pun hanya dengan tengok TV bersama-sama, tido siang sama-sama, makan tapau sama-sama....hehehe. Dapur kat umah aku tu dah sebulan tak berasap, hubby aku kata takyah la susah-susah masak, karang pinggan mangkuk periuk belanga takde sape nak basuh kemas.....Achik suka la kalau dah enchik suami kata lagu tu....tukang masak ni boleh la bersara, gantung sudip senduk bagai....

Tapi aku terlupa yang barang-barang baby belum beli satu habuk pun lagi....achik boyot dah tak larat nak jalan shopping, camne nih??? Nasib baik ini anak yang ketiga....so takde la nak beli banyak sangat sebab yang turun-temurun dah ada. Niat di hati nak rembat baju baru 2,3 pasang, towel, diapers (CD yang aku ada tak sebanyak mana, mesti tak cukup punya...nak-nak time baby membuang mekonium) mittens dan booties serta pillow cases, bolster cases dan cadar baru. Itu jelah rasanya yang perlu....tak payah nak membazir sangat, saving tu boleh aku guna pakai untuk beli education toys buat baby bila dah besar sikit nanti.

Owh...terlupa pulak, aku kena beli liner banyak-banyak...setakat sekotak dua tu memang tak cukup la....kalau habis karang susah pulak nak cari.... Misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan aku teruskan dengan baby baru ni....insyaAllah sampai umur dia 2 tahun, macam Farzana yang masih menyusu walau pun lagi sebulan lebih dia akan berumur 2 tahun. Doakan kejayaan kami ye...

Btw, aku ada jugak try nak wean off Farzana dari breastfeed ni tapi masih tak berjaya jugak....melalak kakak kecik tu kalau tak dapat nasi lemak ni.....korang ada cara tak nak buat camne?

Comments

investandtravel said…
Boleh try pakai pewarna merah dan letak kat nasi lemak tue. Berkesan untuk anak aku.
Asu Bahiyah said…
hahaha....aku dah try....tak berjaya jugak. Dia bantai nangis marah-marah

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...