Skip to main content

Antenatal Booking

Semalam aku dah pegi checkup kat SDMC (formerly known as SJMC) untuk antenatal booking dan pre-admission. Kalau ikut EDD yang klinik panel bagi, aku akan bersalin pada 24 Jun tapi bila pegi checkup kat Dr. Delaila ni dia bagi EDD aku adalah 29 Mei ni....

Aiyooo...makcik adalah panik sekejap sebab dah dekat sangat la tarikhnya tu....

Aku berpegang pada EDD yang Dr.Delaila bagi la sebab dia kan speacialist...doktor klinik panel aku tu cuma doktor general je...

Owh, by the way ke semua 5 kali pregnancy aku pergi jumpa Dr.Delaila ni ( I've lost my 2nd and 3rd baby)....my oldest daughter pun dah 6 yo. Even my sister pun bersalinkan anak-anak dia kat doktor yang sama....her eldest daughter was 10 yo. Apa yang buat aku kagum kat Dr.Delaila ni ialah she still look all the same like 10 years back, exactly sama macam masa aku jumpa dia during visiting my sister. Masih muda dan energetic....her age??? Dah 50++ tau, yang betul-betul tak ingat...nanti lepas dah deliver aku bagi tau umur dia yang exact sebab kat form untuk register nama baby tu akan di tulis no. IC dia....so dapat la tahu umur dia kan.

Differ from Dr. Datuk Siti, dia ni memang dah nampak tua sebab rambut dia dah beruban....but Delaila's hair still all black (kalau ada grey hair pun tak nampak kot) dan muka dia masih tegang. Aku, hubby dan kakak-kakak aku gelar dia "doktor Botox" or "doktor susuk" sebab memang she look more, more younger than her ages.

Gambar???

I'll snapped it if ada peluang sebab dia ni selalu bergerak pantas...mencicit-cicit ke sana ku mari, kalahkan aku yang baru hujung 20-an (perasan tu...tak ingat diri dah masuk 30-an). And...she has a sweet smile too.... I just love to see her face.

Starting from yesterday, she's giving me a week of MC and will continue giving it until the baby pops out. My baby belum fully engganged lagi dan based on my past delivery history, a very big possiblity that I wont be admitted by this week. So achik kat umah rileks-rileks aje....banyak benda nak buat tapi kudrat ni tak terdaya nak cater my nesting mood, nak kemas sana-sini termasuklah bilik store....for what??? Entah.....

Comments

Ina Hashim said…
wah asu...dah dekat sangat tuh duenya...lagi 10 hari jek...igtkan lambat lagik...tak jauh ke SDMC tu dari umah?

papepun, all the best ye..moga bersalin dgn mudah & selamat...ehem...hero pulak kuts kali nih...
Asu Bahiyah said…
Itu la kak ina, yg kita pun rileks jelah sebab ingat lambat lagi...

SDMC tu tak la jauh sangat, dalam 1/2 jam sampai la....

p/s:Doktor kata baby takde masalah angin pasang...so....dah boleh teka ke?
emrull said…
She is from Muar and her mother is Japanese. Maybe she eats sushi a lot that's why always look young. Anyway good luck Bahiyah and may Allah bless you and your family.
Asu Bahiyah said…
Emrull, aku dah pernah tanya apa petua dia awet muda tapi....dia senyum je....rahsia betul...
Ina Hashim said…
walla...bestnya dapat BOBOY!!!!!!!!!
Asu Bahiyah said…
Kak Ina...masa doktor cakap camtu asu rasa nak lompat terjun dari katil time tu jugak...hehehehe

Popular posts from this blog

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa