Skip to main content

Big Cleaning Day

Siapa kata 5S je ada Big Cleaning Day? Kat umah aku pun ada tau tapi ianya bermusim...nak-nak time makcik ni tengah mabuk nesting mode maka terhasil la Big Cleaning Day hari ni.

Banyak jugak benda yang mak buyung ni kemas (a.k.a buang le tu...), mainan dedua gegirl tu 2 plastik aku campakkan. Aku paksa diorang tolong aku sort semua toys yang dah rosak, dah missing parts dan semua buku yang dah barai pages, dah terkoyak dan apa-apa lagi lah yang menyemakkan mata makcik ni. Dan hasilnya dari 3 kotak toys dah tinggal 2 kotak je....buku pun dah tinggal sekotak je lagi. Dah vakum sana sini akhirnya bilik main anak-anak kemas merelip-relip.

Selain dari kemas toys, makcik berjaya jugak kemas barang-barang kerja En.Hubby...dia ni kan selalu kerja outstation maka secara tak langsung umah aku dah jadi store kedua untuk barang kerja dia. Naik lemas bijik mata makcik so aku pun cari 3,4 kotak dan put all the things inside dan susun kemas-kemas kat dalam store bawah tangga. Memang kemas I tell you, aku siap vakum setiap ceruk store tu sebelum masukkan barang...siap boleh buat tido lagi kat dalam tu.

Aku dan hubby jugak bertungkus lumus pasang balik katil baby yang kitorang disassambled bila Farzana dah start tido dengan Fatini. Katil ni kalau nak suruh aku sorang-sorang pasang memang tak dapek la...dah la berat pastu kena terbalikkan sana sini pulak tu. So nak tak nak kena tunggu angin rajin En.Hubby untuk pasang. Alhamdulillah dah selesai lagi satu bab.

Yang still pending ialah sepulau baju yang belum berlipat...ada jugak deretan yang dah lipat tapi belum di simpan kat lemari/bilik baju. Memang menyemak mata tengok longgokan baju ni...itu baru 4 beranak, nanti dah 5 beranak maka bertambah tinggi la gunung kat pulau tu....adeih....parah....

Perabot-perabot kat living hall pun nak kena re-arrange balik sebab aku akan habiskan confinement period aku kat situ je...takdenya nak naik ke bilik atas, kang bentan karang susah pulak. Aku pulak berpantang sendiri je nanti, takde sesape jaga pun. Malas aku nak susahkan orang, nak berangkut balik kampung bagai. Dulu masa bersalinkan Farzana, aku ikut je ke mana husband aku outstation, berpantang kat hotel lagi tau...hehehehe. Nasib baik tak meroyan....

Esok jelah aku sambung semua tasks yang still pending ni...hari ni aku dah lelah. Malam ni mintak-mintak la boleh tido dengan selesa...amin.

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...