Skip to main content

Farzana's Birthday Celebration

Sempena birthday si kakak kecik Farzana yang kedua tahun so kitorang pun pegi la jalan-jalan cari makan. Dah lama jugak aku asyik memerap kat umah, sejak-sejak dah start MC ni memang tak larat nak pegi jenjalan. Disebabkan hari ini istimewa so aku gagahkan diri keluar jugak bersama family tercinta....eh cheh....

Kitorang merayap ke Carrefour Wangsa Maju...hambek ko...jauh betul perginya padahal hanya makan eskrem, fries dan apple pie Mc.D je. Takde shopping apa-apa pun. Lepas dah merayap kat Carrefour tu kitorang pegi melantak chicken chop dan black pepper steak kat Kampung Baru. Kata birthday Farzana kan tapi  yang banyak melantak adalah mak pak dia...hehehehe. Si birthday girl makan roti je....

On the way balik dari sana kitorang singgah pulak kat Secret Recipe Seksyen 9 Shah Alam....beli kek 2 slices je....taknak beli whole cake sebab confirm tak habis, membazir je nanti. Kitorang beli 2 jenis, Choc Indulge dan Choc Fudge.

Special sangat hari ni sampai dah habis pusing la tu....dari Ulu Kelang sampai Kampung Baru pastu ke Shah Alam dan akhirnya balik ke Klang....ngeh ngeh ngeh

Balik  umah buat la acara tiup-tiup lilin....suka sangat si kakak kecik tu sebab dia dah pandai nyanyi lagu birthday dan tiup lilin. Akhirnya birthday girl kenyang makan kek tu....alhamdulillah.....


Kek tergolek sebelum sempat tiup...hihihi...

Okaylah tu kan...baru birthday yang ke-2....takyah buuat grand-grand. Jimat duit mama papa...hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...