Thursday, May 20, 2010

Hari rehat jadi tak cukup rehat

Itulah jadinya kalau anak-anak pun ada sama kat umah time mama diorang MC, hari yang sepatutnya untuk mada rehat-rehat membuatkan mamanya jadi tak cukup rehat.

Dengan mainan bersepah, siap buat khemah dan main pondok-pondok.Ditambah pulak lagi dengan piring cawan yang berlonggok di singki sebab diorang ni tak henti-henti mintak air untuk di minum. Pastu dengan telinga yang bingit dengar diorang bergaduh dan mamanya sakit tekak memarahi itu dan ini, sana dan sini...aduih, pening kepala. Jangan harap la nak lelapkan mata dengan aman...habis tu camne nak berehat??



Itu belum kes berebut remote Astro sebab masing-masing nak tengok channel kegemaran sendiri...sudahnya seharian suntuk hanya rancangan kartun je kat TV. Punah harapan mama nak tengok CSI, House dan The Nanny.

Nak tak nak esok kena suruh papa hantar kakak ke sekolah, kurang la sikit beban mama nak layan adik sorang je. Lagi pun kakak kena belajar banyak benda lagi sebab tahun hadapan dah nak masuk sekolah kebangsaan...baca buku pun belum pandai, haishhh...risaunya mama. Cuma bab kira mengira dia agak laju la jugak dapat catch up.  Harap-harap dia dah cekap membaca by end of this year...amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails