Monday, May 24, 2010

I-City Shah Alam

Semalam bawak anak-anak jenjalan petang main taman di area Shah Alam....jauh kan kitorang pegi???

Sebenarnya kitorang ni memang camtu, kalau rasa nak makan steak atau chicken chop...laju je kitorang sampai ke Kampung Baru. Kalau dah nak apa-apa tu mesti kitorang pergi, tak kira la jauh ke dekat...makan tengahari tu kadang-kadang sampai ke Pantai Dalam, padahal time tu hari cuti. Kalau hari bekerja tu logik la jugak sebab opis dekat area tu je...tapi nak buat camne, dah tabiat camtu so layankan jelah...

Berbalik kepada cerita semalam....

Masa lepas dinner kat Restoren Geng's Corner kitorang pun bergerak nak balik umah. Lalu la federal highway dengan niat di hati nak ikut LKSA. Sekali sudah ternampak dari jauh pokok-pokok lampu kat I-City Shah Alam tu...wow...memukau pandangan betul. Aku pun ajak hubby pergi survey-survey tempat, kalau ada chance kita singgah la....

Sekali rupanya tempat tu memang kitorang selalu je lalu lalang cuma masa tu waktu siang so takde la terpasang pokok-pokok LED tu... Dah dekat sangat dengan PMU Bukit Raja GIS Harta Kemuncak....cis....hanya beberapa meter je simpang I-City tu dengan PMU. Kalau aku tahu kat situ tempatnya dah lama aku pergi.



Tapi semalam kitorang hanya tengok dari jauh jelah sebab kereta bersesak-sesak nak masuk ke situ, memang ramai manusia yang pegi. Tertanya-tanya jugak apa la yang ada kat situ...? So malam ni achik yang over nak kena confinement 2 bulan nak ajak hubby pergi jugak kat situ. InsyaAllah tak ramai orang dah rasanya sebab hari bekerja kan....

Kalau jadi pergi malam ni dan teringat bawak kamera, nanti aku bikin report kat sini ye....

No comments:

Related Posts with Thumbnails