Umah sebelah kanan kitorang ni dah bertahun-tahun kosong. Dulu ada la satu family chinese ni pindah masuk tapi diorang duduk tak lama, dalam 2 bulan je pastu pindah. Buat penat angkut barang je...dah la berlambak-lambak harta benda diorang, 2 trip lori besar lagi. Aku dan hubby assume maybe diorang ni lari dari Along kutip hutang kot sebab diorang kerja jual sayur kecil-kecilan kat pasar pagi.
Lepas tu rumah ni terbiar kosong lagi....sehinggalah.....
...beberapa minggu lepas ada satu family chinese ni datang kemas-kemas laman, siap tanam rumput lagi. Dan selepas di interview rupa-rupanya diorang dah beli rumah tu. Sempena cuti Wesak dan hujung minggu yang 3 hari ni diorang dah start angkut barang masuk rumah. Nampaknya dah ada jiran baru la kitorang...mintak-mintak la diorang ni okay. Cuma satu je yang tak best, diorang ada bela anjing tapi bukan la yang jenis suka menyalak tu....anjing-anjing yang stok baka mahal dan yang hantar grooming-grooming tu.
Kita tengok la bila dah lama diorang duduk situ...okay ke tak?

Comments