Hari ini 16 Mei, kita menyambut Hari Guru sempena mengingati insan-insan yang pernah membimbing kita. Aku pun tak nak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat kakak aku Basuriah dan Bahisham yang merupakan seorang pensyarah.
Tak lupa juga buat teman forum Cari.com iaitu Kak Ina Hashim dan Ajasu yang juga merupakan seorang pensyarah. Buat sahabat-sahabat aku yang turut bertugas sebagai pendidik seperti Fatimah Tun, Yartee Ramli, Juwita, Rokiah, Sohana dan sesapa lagi yang aku tertinggal nama mereka...Selamat Hari Guru buat korang semua. Buat sahabat-sahabat yang berkahwin dengan pendidik, sampaikan juga ucapan Selamat Hari Guru dari aku buat pasangan masing-masing.
Dan yang paling istimewa tentulah ucapan Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang pernah bertungkus lumus mengajarkan aku secara formal mahu pun tidak sehingga aku menjadi insan berguna hari ini.
Malah ucapan Hari Guru ini ingin aku panjangkan kepada ayahanda tercinta kerana beliau adalah guru pertama bagi aku di dunia ini, membisikkan kalimah-kalimah suci ke telingaku ketika saat aku dilahirkan...Al-Fatihah buat Ayah. Buat Bonda juga...segala didikan darimu amat aku hargai....Selamat Hari Guru Bonda....
Buat pembaca semua...Selamat Hari Guru ye...
Comments