Petang tadi dalam pukul 5 lebih, selepas hujan reda....aku tengah baring-baring melayan siri The Nanny kat Hallmark. Farzana pulak dah terlena keltihan melompat sana-sini. Tetiba aku ternampak kelibat sesuatu bewarna hitam berkilat meliuk-liuk masuk melalui bawah pintu utama rumah.
Aku bingkas bangun....Ya Allah....ular rupanya dah masuk ke dalam rumah. Berderau darah aku ketika itu, bimbang kejadian buruk akan berlaku kerana aku kenal itu adalah ular tedung.
Ular tu pun macam terkejut ternampak aku terus mengubah haluannya dari menuju ke tengah ruang tamu, akhirnya dia meliuk ke arah kabinet TV di tepi dinding.
Aku terus dengan segera mengdukung Farzana yang masih terlena, mencapai handphone dan kunci rumah. Sambil tangan menggigil aku buka kunci pintu grill dan pagar rumah lalu terus meminta bantuan jiran berbangsa India yang tinggal di hadapan rumah.
Nasib baik anak lelaki jiran aku berada di rumah ketika itu. Dengan bantuan dia dan sebatang penyapu, ular tersebut telah di halau keluar melalui sliding door yang kami buka. Alhamdulillah ulat tersebut tidak bertindak ganas dan hanya menuruti laluan keluar yang telah kami sediakan.
Hanya terima kasih yang dapat aku ucapkan berkali-kali pada jiran aku...kalau tiada mereka entah apa yang akan berlaku aku pun tak pasti.
Dalam orang mengenali sikap berani mati aku sebenarnya binatang yang paling aku takuti sekali adalah ular. Pernah sekali aku terus demam ketika melihat pameran ular dengan seorang sahabat ketika di politeknik dulu....hhiiiiiiiii....seram mak.....
Walaupun ular yang masuk tu masih belum dewasa (ular remaja...hehehehe) tetapi ia tetap berbisa dan mampu mematuk sesiapa saja.
Allah telah menyelamatkan nyawa aku dan anak-anak....aku bersyukur padaMu ya Allah.

Comments