Friday, July 23, 2010

Baby Muhammad hari ke-49

Hari ni dah 49 hari umur baby Muhammad. Perangai pun dah makin berubah, dah mula pandai tengok TV, mungkin dia nampak bayang gambar yang bergerak-gerak dan warna-warna dari TV tu.

Muhammad juga dah tak menangis bila aku dukung dia menggunakan baby carrier, so boleh la aku sidai baju sambil dukung dia. Kalau sebelum ni terpaksa aku tinggalkan baju yang sedang disidai berkali-kali sebab melayan Muhammad yang menangis kat dalam rumah.

Barut baby pun semakin banyak yang dah tak muat di pakai, dah semakin membesar bagai johan si Muhammad ni...Alhamdulillah. Cuma aku ralat sedikit dengan barut baby jenama Fiffy yang aku beli, langsung tidak berguna. Tidak berguna dalam erti kata memang langsung tak boleh digunakan sebab lebar kainnya yang sangat kecil dan panjang barut pulak terlebih panjang. Material kainnya pula sangatlah nipis. Membazir duit je beli...nasib baik aku beli 2 pcs je... Yang berbaloi dan puas hati dibeli dan di pakai adalah jenama Puppy Winks, kainnya lebar dan panjang serta tebal, masih muat Muhammad memakainya hingga sekarang.

Baju-baju pula Muhammad sekarang dah muat memakai yang bersaiz 3-6 bulan. Dah masanya untuk mama shopping baju baru kot sebab baju-baju Farzana dahulu lebih ke arah gegirl, tak sesuai di pakai dek Muhammad yang boboy ni.

Ini gambar terkini baby Muhammad yang akan ke taska bulan hadapan.



Enhanced by Zemanta

No comments:

Related Posts with Thumbnails