Skip to main content

EBM for Muhammad

Tempohari aku ada mention nak menulis pasal breast feed si Muhammad ni kan...so here we go....

Masa memula melahirkan Muhammad, detik pertama nak breast feed dia membuatkan aku agak kecewa sebab...Muhammad tak pandai nak menyusu!!! Tak macam Farzana yang terus je pandai cari dan suck nipple aku, si Muhammad ni aku terpaksa bukakan mulut dan suap nipple tu ke dalam mulut dia, pastu agak lama mencuba barulah dia start menghisap. Lama tak lama tu dalam setengah jam jugak la aku duk godek si mamat ni....haish...sungguh mencabar time tu, dengan kita yang masih letih dan sakit baru lepas bersalin terpaksa pulak berusaha keras nak susukan dia supaya dia tidak terlepas menyusu dalam jam yang pertama selepas dilahirkan. Udah dia dapat menghisap tu dalam 2-3 kali sedut dia boleh layan tido pulak, aku kejutkan dengan bermacam-macam cara baru la dia terjaga dan menyusu semula.

Aku ingatkan maybe dia masih kenyang sebab tu dia taknak minum, rupa-rupanya next feeding session pun Muhammad ni still jugak macam tu. Dia lapar dan mencari-cari nipple tapi dengan mulut tertutup....camne la awak nak minum....so terpaksa la bukakan lagi mulut dia dan masukkan nipple, barulah dia menyusu. Masalah tu tak berakhir di situ, rupanya Muhammad ni memang tabiatnya macam tu...in fact sampai ke hari ni dia masih belum pandai sepenuhnya untuk menyusu, kadang-kadang akan datang balik tabiat dia taknak buka mulut tu.

Satu lagi....posisi nipple aku mesti kena tepat dengan gaya dia nak menghisap, kalau alignment tu tak betul alamatnya tak menghisap la mamat kecik ni. Bila dah 2,3 kali dia tak dapat jugak hisap maka dia akan bantai menangis. Bila dia dah dapat menghisap tu jangan la sekali-kali aku bergerak atau mengubah posisi sebab kalau tergerak sikit je nipple tu dia akan terus berhenti menghisap dan menangis.

Susah betul kalau nak menyusu kat public area sebab nak kena belek dan masukkan nipple betul-betul ke dalam mulut dia, karang ternampak pulak kat org lalu-lalang apa-apa yang tak diingini. Berbeza dengan si kakak Farzana tu memang dari lahir senang je...masukkan je kepala dia dalam baju, sentuhkan mulut dia kat nipple pastu dia akan terus cari nipple dan masukkan dalam mulut...tadaaa....terus menyusu sampai kenyang.  Dah camni gayanya si Muhammad  ni maka nak kena jumpa achik Sue nampaknya....nak kena berguru. Cabaran betul nak menyusukan Muhammad ni....semoga Allah permudahkan buat kami...amin.

Cerita pasal EBM pulak, kali ni aku tak target nak buat byk-byk mcm masa berpantang melahirkan Farzana dulu sebab ruangan yg sgt terhad dan taknak membazir buang je EBM yg expired byk-byk. Apa yg aku buat ialah aku stored sebanyak mana yg muat pastu aku rotate dgn EBM yg baru. Storage tu aku akan gunakan botol terlebih dahulu supaya boleh guna semula lepas ni. Kalau dah tak cukup botol barulah aku guna liner. Dengan cara discard yg paling lama dan stored dgn yg baru dapatlah aku memanjangkan hayat stock EBM aku.



Stok EBM terkini di dalam freezer.

Aku pun dah ajar Muhammad minum susu dari botol sebab taknak jadikan dia baby yg susah nak ditinggalkan pada orang lain. Contohnya time hubby aku nak tidokan dia so dia minum pakai botol. Kitorang taknak dia jadi mcm Farzana, hanya aku je yg boleh comfort kan dia untuk tido. Dia sanggup berjaga tunggu aku susukan dia barulah dia dapat lena. In the mean time dia menunggu tu mulalah dia cranky dan buat hal sebab dia sebenarnya dah mengantuk sgt, cuma belum dapat candu so takleh nak tido.

Aku sangat berharap agar dapat susukan dia sampai umur 2 tahun macam Farzana. Bila dah berjaya lakukannya dengan Farzana tu aku rasa sebenarnya ia tidaklah sesusah mana cuma apa yang penting ialah semangat si ibu tu kena sangat kuat. Si ibu lah kunci kejayaan dalam usaha menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya ni. Iyelah...susu tu kan datang dari ibu, kalau si ibu dah mengaku kalah camne nak berjaya ye tak?

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...