Thursday, July 29, 2010

Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Perubatan

Ada kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di atas di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sesiapa yang berminat dan memenuhi kriteria silalah memohon.

Nama Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Jenis Permohonan : Bukan Eksekutif - Manual

Bahagian Corporate Division (4001)
Tenaga Nasional Berhad

Lokasi :

• Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
• Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu
• Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands
• Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor

Tarikh Tutup Permohonan : 13/8/2010 12:00 AM

Huraian Tugas & Tanggungjawab :

· Mentadbir dan mengurus dispensari TNB
· Membantu Doktor dalam perawatan pesakit
· Memberi rawatan kepada pesakit luar
· Merawat kes-kes kecemasan
· Mengurus dan memberi ubat
· Menjalankan pemeriksaan makmal
· Memberi kaunseling kepada pesakit
· Bertugas atas panggilan (Stand-by)

Syarat-syarat Kelayakan :

· Memiliki kelulusan akademik di peringkat Diploma Pembantu Perubatan atau Diploma Kejururawatan daripada Institut/Kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau setaraf dengannya.
· Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.

* Pesara-pesara dan bakal pesara kerajaan yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah digalakkan memohon

Borang Permohonan: Borang - TNB 188C

Cara Memohon:

· Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB 188C yang boleh didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran atau dimuat turun dari laman web TNB di http://www.tnb.com.my/
· Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
(Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

· Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Ogos 2010. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails