Skip to main content

Lelaki Itu....

Suatu hari Sabtu, En.Hubby adalah pergi shopping groceries seorang diri dengan alasan lebih mudah nak handle barang-barang kalau pegi sensorang. Achik pun dengan redha izinkan dia pegi....suci murni lagi hati si isteri mengizinkan.

Maka bepergianlah si suami meng"shopping" dgn lalalala nya....

Pakcik ni kalau dah pegi sensorang tu ada la keje nya...so...the colateral damaged are....


Laki aku beli sunglasses baru, Oakley Ducati Corse...regenya RM400++

Oohhhooo...achik sudah meroyan dan sentap. Terus aku mintak RM400 untuk aku joli beli barang suka-suki..... dah la duit gaji aku bulan lepas barang satu sen pun aku tak pegang, dah kena kuarantin ni mana la nak pakai duit beli apa-apa, kalau dah boleh keluar tu baru la bolats bijik mata.

As result, laki achik ambik tarik duit dari walletnya dan bagi kat achik. Ku kira-kira...ada 6 keping not RM50 maknanya dia bagi aku RM300....uiks?? Aku kan mintak RM400?? Tapi apa-apa pun aku bersyukur dia bagi jugak walau pun tak sebanyak yang aku mintak.

Dah dapat duit tu aku senyum-senyum, dalam kepala hotak berjambul ni memikir la apa nak di beli...

Hhhmmmm.....maybe beli baju kat anak-anak kot, or beli buku kat diorang atau beli toys, atau beli....

TENGOK...SEMUA YANG AKU NAK BELI ADALAH UNTUK ANAK-ANAK. KATA TADI NAK JOLI BELI BARANG SUKA-SUKI!!!!

Macam tulah perempuan kalau dah jadi ibu...kepentingan diri dah jatuh nomot lima, enam, tujuh, lapan...bla,bla,bla. Yang si kaum lelaki pulak??? Korang pikir la sendiri....

Comments

Nieza Ishak said…
asu, kalo husband nieza terbalik.

barang dia nombor 10. mmg susah nak beli utk diri sendiri, dia pentingkan bini + anak2. Nieza gak laa kena belikan utk dia kalo idokkkk sampai sudah takde berganti.
Ina Hashim said…
betul tuh Asu,

kalo akak pun lagi rela beli barang anak2 dari beli barang sendiri...mood sopping pun lagi beshhh tgk barang budak2 nih
Asu Bahiyah said…
Asu to kak ina,

Itulah kak, seorang ibu mesti sentiasa fikirkan nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Kepentingan diri sendiri tolak ke tepi.
Asu Bahiyah said…
Asu to Nieza,

Nampaknya lain padang, lain belalang...bertuah isteri si Juzer ni...hihihi

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...