Image via Wikipedia
Siapa pernah tengok filem "Shutter"?? Shutter ni adalah sebuah filem Thailand mengisahkan seorang jurufoto, Tun yang diganggu roh bekas kekasihnya, Natre. Dah lama la jugak filem ni diterbitkan, rasanya dalam tahun 2004 kot. Memang best lah filem ni, bagi penggemar filem seram memang patut tengok. Jalan cerita dia menarik dan mudah difahami, takde satu pun scene yang membosankan atau tiada makna.
Dalam filem ni si jurufoto ni dah kekasihnya sekarang, Jane kemalangan terlanggar seseorang yang sebenarnya adalah bayangan roh bekas kekasihnya, Natre. Sejak dari hari itu Tun selalu rasa sakit di bahagian leher, walau pun dah pergi check dan x-ray kat hospital pun masih tak dapat kesan penyebabnya.
Banyak gambar-gambar yang diambil oleh Tun ni mempunyai bayangan putih atau seakan-akan wajah Natre di dalamnya. Dah bermacam-macam cara dilakukan untuk menghilangkan gangguan yang Tun hadapi termasuklah upacara sembahyang dan membakar mayat Natre namun tidak berjaya.
Roh Natre mengganggu Tun dan rakan-rakan disebabkan perbuatan nakal mereka di zaman persekolahan yang mengakibatkan Natre membunuh diri. Satu persatu rakan Tun menghadapi kematian selepas itu. Walau bagaimana pun Tun merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Jane.
Akirnya rahsia terbongkar apabila Jane menemui suatu siri gambar menunjukkan roh Natre merangkak ke kabinet di mana tersoroknya gambar perbuatan nakal rakan-rakan Tun. Gambar itu telah diambil bagi tujuan mengugut Natre supaya mendiamkan hal tersebut. Mereka berdua bertengkar dan Jane telah meninggalkan Tun.
Selepas ditinggalkan oleh Jane, Tun cuba mengesan roh tersebut dengan mengambilkan gambar di sekitar dalam rumahnya dengan menggunakan kamera polaroid tetapi tidak berhasil. Oleh sebab hampa kerana tidak menemui apa-apa, Tun mencampakkan kamera tersebut dan secara tidak sengaja kamera tersebut telah mengambil gambarnya sendiri. Gambar dari kamera polaroid itu menunjukkan roh Natre yang menghantui dirinya selama ini sebenarnya sedang bergayut di atas bahunya. Itulah penyebab dia merasa sakit leher selama ini.
So....jaga-jaga ye kalau korang pun sakit leher juga. Entah-entah....

Comments