Beberapa hari yang lepas Farzana telah memunggah luggage yang En.Hubby selalu bawak bila pergi outstation. Habis semua isi perut beg tu dia keluarkan, pastu dia terjumpa shaver kepunyaan En.Hubby dan dibuatnya main. Maka terlukalah hujung jarinya sedikit dan berdarah. Melalak la si kakak kecik akibat di marah dan sakit akibat luka tersebut.
Malam semalam semasa dinner aku buatkan air sirap untuk di minum anak-anak. Farzana ni memang hobinya suka bertanya itu dan ini maka dia bertanyalah pada aku sambil jarinya menunding ke arah air tersebut...
"Apa tu..??".
Aku pun menjawab dengan niat sengaja nak bergurau dengan dia...
"Air darah..".
Rupa-rupanya Farzana terus takut dan langsung taknak minum air tu. Puas aku terangkan yang itu adalah air sirap, bukannya darah tapi dia tetap tak nak minum padahal dia sebelum ni tak pernah menolak untuk minum air apa-apa sekali pun. Sanggup dia hanya minum air kosong je semalam.
Aku rasa mungkin dia dah serik kot dengan insiden berdarah tempohari...hihihihi

Comments