Sunday, September 26, 2010

Gigi Susu Fatini

Pagi semalam Fatini telah kehilangan gigi susunya yang pertama. Gigi di bahagian bawah tersebut gugur kerana telah matang dan bakal digantikan oleh gigi dewasa kelak.


Dengan gugurnya gigi susu ni Fatini harus lebih rajin menjaga kebersihan giginya sebab gigi dewasa kalau sudah rosak takkan ada penggantinya lagi kecuali dengan memakai gigi palsu.

Dah besar dah anak mama...dah 6 tahun, tahun depan dah nak ke sekolah kebangsaan. Kelakar pulak mama tengok muka kakak takde gigi...hihihi...macam nenek kebayan.





Si kakak kecik ni pun sibuk je nak ambik gambar gigi dia jugak.




Ini pulak gambar si Muhammad tengah tido interframe...berat terkini 6.7 kg, berkat menyusu susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah Muhammad pun dah sihat, harap-harapnya kekal macam tu lah sehingga dewasa.


1 comment:

aida said...

anak sulung 7 tahun patah 3 gigi terus.. hehehe

Related Posts with Thumbnails