Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Menghilangkan Kesan Lebam di Peha dan Lengan

Dalam post terdahulu aku ada ceritakan cara untuk mengelakkan dari kesan lebam-lebam di peha dan lengan yang disebabkan oleh gangguan jin. Untuk membaca post berkenaan, sila klik di sini . Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah. Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan gigitan gigi. Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu. Kenapa mandi d

Farzana dan Main Mak-Mak

Farzana dah besar, dah berumur 2 tahun 5 bulan. Dah jadi kakak yang baik dan dah pandai main mak-mak. Masa main mak-mak tu dia akan tiru semua perbuatan aku kat dia, dia akan buat benda yang sama kat baby doll dia macam....bagi mandi, basuh yak-yak dan bagi susu. Haaa....part bagi susu ni la yang best sebab sangat la berbeza cara dia susukan baby doll dia tu dengan zaman aku dulu. Masa zaman aku kecik-kecik, aku akan bagi baby doll aku minum susu guna botol susu. Nak pura-pura breastfeed amatlah jauh sekali sebab rasa malu yg sangat menebal di dalam dada, padahal mainnya sensorang je. Masa aku baby dulu aku hanya menyusu susu ibu aku sekejap je kata mak, lepas tu susu mak aku pun dah kering, takmo terhasil lagi dah. Mungkin faktor usia mak aku yang melahirkan aku masa umurnya 41 tahun, hormon prolaktin pun dah kurang dan mungkin juga dah bukan rezeki aku untuk terus menyusu dengan mak...maka selepas tu aku pun jadilah anak susuan lembu kekdahnya...huhuhu. Situasi ni rupanya refleks

Lebam-lebam di lengan dan peha?

Salam semua, Mesti korang pernah dengar, lihat atau alami sendiri kejadian lebam-lebam sama ada di lengan atau di peha. Elok-elok je tido malam ni, esok pagi bangun tengok dah ada "love bite" yang tak tahu datang dari mana. Haa....ada kan? Ada kan? Okey, tengahari tadi sewaktu rehat hari Jumaat, aku pun dengar la koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Dalam ceramah dia tu ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari gangguan jin. Kalau lebam akibat terhantuk bucu meja tu lain kes, cara-cara ni tak terpakai ye. Ustaz Kazim nyatakan empat cara iaitu: 1) Jangan mandi sewaktu Maghrib 2) Jangan mandi berbogel, jin pun suka skodeng kata ustaz tu. 3) Jangan makan di atas tempat tido, sisa-sisa makanan tu akan dipungut oleh jin. 4) Bersihkan seluruh mulut (seeloknya bersugi) sebelum tido. InsyaAllah, masalah lebam-lebam tersebut akan dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan kaedah di atas. Kepada se