Skip to main content

Farzana dan Main Mak-Mak

Farzana dah besar, dah berumur 2 tahun 5 bulan. Dah jadi kakak yang baik dan dah pandai main mak-mak. Masa main mak-mak tu dia akan tiru semua perbuatan aku kat dia, dia akan buat benda yang sama kat baby doll dia macam....bagi mandi, basuh yak-yak dan bagi susu.

Haaa....part bagi susu ni la yang best sebab sangat la berbeza cara dia susukan baby doll dia tu dengan zaman aku dulu. Masa zaman aku kecik-kecik, aku akan bagi baby doll aku minum susu guna botol susu. Nak pura-pura breastfeed amatlah jauh sekali sebab rasa malu yg sangat menebal di dalam dada, padahal mainnya sensorang je.

Masa aku baby dulu aku hanya menyusu susu ibu aku sekejap je kata mak, lepas tu susu mak aku pun dah kering, takmo terhasil lagi dah. Mungkin faktor usia mak aku yang melahirkan aku masa umurnya 41 tahun, hormon prolaktin pun dah kurang dan mungkin juga dah bukan rezeki aku untuk terus menyusu dengan mak...maka selepas tu aku pun jadilah anak susuan lembu kekdahnya...huhuhu. Situasi ni rupanya refleks kepada cara aku main mak-mak, sebab tu la aku bagi baby doll aku minum susu botol. Kenangan breastfeeding tidak terpahat dalam kepala hotak aku nih....zero...sedih kan?

Nasib baik aku terdedah dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di forum-forum dan pameran-pameran. Kalau tidak, rasanya aku akan meneruskan tradisi memberikan susu kepada anak-anak aku. Alhamdulillah...aku bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana membukakan hati aku dan suami ke arah penyusuan susu ibu nih.

Sekarang bila aku tengok Farzana main mak-mak dan susukan baby doll dia dengan konon-kononnya susu badan dia, happy betul aku...tersenyum aku sendirian. Alhamdulillah sedari kecil dia dah terdidik bahawa anak akan menyusu susu dari ibunya, aku harap didikan ni akan berkekalan menjadi panduan apabila dia berkeluarga kelak.

Semoga generasi anak-anak kita di masa dewasa kelak akan terus mempraktikkan pemberian susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak mereka, cucu-cicit kita...

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...