Dalam post terdahulu aku ada ceritakan cara untuk mengelakkan dari kesan lebam-lebam di peha dan lengan yang disebabkan oleh gangguan jin. Untuk membaca post berkenaan, sila klik di sini.
Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah. Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan gigitan gigi.
Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu.
Kenapa mandi dengan limau??? Sebab...jin mengenali mangsa gangguannya melalui bau badan. Itulah cara dia mendatangi mangsa yang sama berulang-ulang kali. Mandi limau ini akan merubah bau badan kita dan jin itu tidak akan mengenali kita lagi.
InsyaAllah, dengan berkat usaha dan doa kita kepada Allah, masalah gangguan jin ini akan dapat dihentikan.

Comments