Salam semua,
Mesti korang pernah dengar, lihat atau alami sendiri kejadian lebam-lebam sama ada di lengan atau di peha. Elok-elok je tido malam ni, esok pagi bangun tengok dah ada "love bite" yang tak tahu datang dari mana.
Haa....ada kan? Ada kan?
Okey, tengahari tadi sewaktu rehat hari Jumaat, aku pun dengar la koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Dalam ceramah dia tu ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari gangguan jin. Kalau lebam akibat terhantuk bucu meja tu lain kes, cara-cara ni tak terpakai ye. Ustaz Kazim nyatakan empat cara iaitu:
1) Jangan mandi sewaktu Maghrib
2) Jangan mandi berbogel, jin pun suka skodeng kata ustaz tu.
3) Jangan makan di atas tempat tido, sisa-sisa makanan tu akan dipungut oleh jin.
4) Bersihkan seluruh mulut (seeloknya bersugi) sebelum tido.
InsyaAllah, masalah lebam-lebam tersebut akan dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan kaedah di atas.
Kepada sesiapa yang bermasalah begini, cubalah ye.

Comments
nnti leh amalankan tuk elak perkara cam tu..