Tuesday, January 4, 2011

Selamat tahun baru 2011

Lama gila tak menulis, kekok rasanya. Anak teruna dah besar, dah pandai meragam minta perhatian maka si ibu terpaksalah menumpukan perhatian yang lebih...tersadailah blog tak terusik (alasan...heheheh).

Apa-apa pun selamat tahun baru semua...tahun baru Hijrah dan Masihi. Silalah berusaha merealisasikan azam-azam tahun baru korang semua ye... (Syhhh...aku ada azam lapuk yang carried foward)

Tahun 2011 menyaksikan aku dan hubby mendapat pengalaman baru...hantar anak ke sekolah. Aku maksudkan sekolah yang bebetul ye...sekolah tadika tak aci...

Yup, anak sulung aku dah masuk sekolah kebangsaan...dah umur 7 tahun dia di tahun 2011 ni. Bermakna....mak pak dia jugak dah bertambah umur, tua lagi 1 tahun...huhuhu

Aku happy la anak aku excited nak sekolah, takdelah dia meraung ke, berjejeh ayaq mata ke...cool je. Yang paling tak tahan tu lagi 2,3  hari nak sekolah dah sibuk minta duit belanja...adeih....

To kakak Fatini, ingat pesan mama ye...belajar rerajin, nanti kerja best-best dapat duit banyak boleh belikan mama laptop dan bawa family pegi Hong Kong Disneyland...hihihihi

Salam takziah buat teman sekolahku Suhaila yang baru kehilangan cahayamata kedua yang menghidap PWS (Praider Willi Syndrome). Baca lebih lanjut di SINI

No comments:

Related Posts with Thumbnails