Skip to main content

Naik ETS...yeay...

Jumaat 11 Mac 2011 yang lepas aku dan anak-anak, Fatini, Farzana dan Muhammad dapat merasai pengalaman menaiki train ETS (Electronic Train Services). Kitorang naik dari KL Sentral ke Ipoh. Sempena cuti sekolah selama seminggu dan berkebetulan pulak En.Suami sedang bekerja di utara tanahair maka aku pun angkut anak beranak balik ke kampung bonda.

Train tu memang laju dan selesa, maknanya dah takde tergoyang ke kiri ke kanan macam train yang biasa mahu pun LRT. Sewaktu nak berhenti pun kita tak terasa kesan breknya, smooth je... Speed paling laju yang terpapar  kat tepi skrin TV tu adalah 146km/jam, boleh tahan you untuk sebuah train..kalau kereta tu kira ala-ala KL drift la ni. Jalan/treknya pun boleh dikatakan 90-80% adalah lurus tapi jangan pakai kata-kata aku ni sebagai fakta pulak sebab aku naik train tu waktu malam. Adalah tak nampak hape pun kat luar so aku agak-agak je berdasarkan perjalanan aku malam tu. Nak ambik gambar pun tak dapat sebab malam gulap gulita, nak ambik gambar dalam koc pulak segan la aku, org tengah ramai. Malam tu memang koc yang aku naik tu semua seat penuh belaka.

Harga tiket untuk perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh bagi orang dewasa adalah RM30 dan bagi kanak-kanak pulak adalah RM19. Tak sabar rasanya nak tunggu train ni disambungkan perkhidmatannya sampai ke Penang, boleh aku nak ETS ni terus sampai ke kampung bonda. Tak perlu lagi transit kat Ipoh pastu tunggu En.Suami datang dan ambil kitorang kat stesen train.


Pendek kata ETS ni memang best...tapi tak tau la pulak panjang kata apa yek??? Hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...