Skip to main content

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii.

Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak.

Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis, kalau tidak mau aku pi tumpang tengok kat umah kakak kau...harus tu...

Memula nak rosak tu tanda-tanda dia camni...sedang elok kita tengok tetiba gambar hilang dan dia keluar "service currently not available", ala...macam yang selalu kita dapat time hujan tu tapi cuaca kat luar terang benderang, siap panas terik lagi. Jam kat dekoder tu pulak akan tunjuk 00:00, bukannya tunjukkan waktu sebenar macam selalu. Aku pun pelik la so aku off dekoder tu dalam 5 minit dan on balik. Berjaya.....siaran tadi dah dapat balik. Dalam sebulan lepas tu jadi balik sekali lagi...so aku pun off lagi dekoder tu 5 minit, lepas on balik alhamdulillah berjaya lagi.

Pastu lebih kurang sebulan aku kena sekali lagi...kali ni off 5 minit pun tak berjaya jadi aku off dalam setengah jam baru ok balik. Dan selepas-selepas tu kejadian tu jadi makin kerap dan aku kena off lebih lama lagi setiap kali untuk pulihkan balik siaran. Dan sampai masa akhirnya aku off satu hari satu malam pun tak mau juga hidupnya...huhuhu...tamatlah riwayat dekoder tu.

Menurut kakak aku yang pernah kena kes ni dua kali, kalau nak repair makan RM dalam 200 lebih...huish...banyak tu. Kalau beli nasik pun lepas buat makan 2 minggu. Tukang repair tu cakap dekoder ni akan cepat rosak kalau kita asyik la bubuh dia dalam mode standby kalau time tak guna. Dia kata kalau tak nak tengok, sila matikan power supply nya...off kan plug la tu maksudnya. Memang logik jugak penerangan dia tu dan aku pun memang jaranggg sangat off power supply nya, dasar pemalas betul. Akhirnya diri sendiri yang susah kan?

Camne nak buat ni?? Adakah aku patut suscribe Astro yang baru sebab bayaran tu baru RM199 je...kalau nak repair dah RM200++. Bagaimana kalau aku upgrade ke Astro Beyond, nanti dia akan pasang dekoder baru dan ambik yang lama ni. Tapi malangnya kena la tambah RM20 sebulan dan TV kat umah aku pun kena la upgrade jugak ke full HD, baru la berbaloi ambik Beyond. Punyalah pening fikir solution terbaek dan terpantas yang kitorang ada.

Akhirnya kitorang dapat good news, adik ipar aku dapat kerja baru kat kampung halaman maka dia dan isteri akan berpindah dari KL ke sana. Astro dia yang sedia ada dia nak terminate jadi dekoder tu dia kasi kat kitorang. Yess...alhamdulillah, rezeki kitorang la tu...dah la solution yang cepat, paling penting ialah FREE pulak tu... So petang semalam selepas balik kerja kitorang pun pi ambik dekoder tu dari dia dan malam tadi umah aku kembali ceria dek Astro Ceria yang anak-anak aku tengok.

Pesanan penaja: Jangan lupa off Astro bila tak nak tengok ye...

Comments

azam said…
salam semua...jangan marah numpang promosi hehehe ( ASTRO PROBLEMS ?...CALL JE! 016-2950770(AZAM)OR UGRADE KE B'YOND.TQ
Hercules Wong said…
Roger saya jika dekoder astro anda rosak, saya baiki.

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...