Skip to main content

Hari Sukan Bakal Tiba

Tak lama lagi SKBB akan mengadakan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2011. Sekarang ni murid-murid tahun 1 sedang disaring untuk memilih peserta yang bakal mewakili rumah sukan masing-masing. Kakak Fatini pun tidak terkecuali...bermula dari hari Selasa hingga Jumaat minggu lepas, setiap pagi akan diadakan saringan mengikut jenis sukan dari jam 8.00 hingga 9.40 pagi. Acara sukan yang di adakan pemilihan tersebut adalah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan larian.

Maka berpakaian sukanlah kakak dari rumah setiap hari, rumah sukannya adalah rumah hijau. Acara pertama yang diadakan pemilihan ialah lompat tinggi.


Semasa mula-mula membaca surat pemberitahuan mengenai pemilihan tu, Fatini banyak bertanya tentang apakah itu sukan lompat tinggi, lontar peluru dan lompat jauh. Aku pun berjanji akan mencari video-video di internet tentang sukan tersebut malangnya aku terlupa. Maka pada hari Selasa tu kakak Fatini pun melompat tinggi mengikut caranya sendiri....hehehhe. "Palang jatuh..." katanya dengan muka sedih. Takpelah kakak, tahun depan kakak cuba lagi.

Keesokkan harinya (Rabu) adalah pemilihan bagi acara larian. Sukan yang ini aku tak risau sangat sebab Fatini memang dari tadika lagi selalu menjuarai acara larian. Boleh baca kisahnya di sini dan di sini.



Balik dari sekolah so aku pun tanya apa keputusan larian tu. Fatini cakap dia dapat nombor satu. Cikgu dia kata siapa yang lari laju-laju nanti dapat hadiah. Bertambah semangat dia untuk ujian saringan acara sukan seterusnya esok.

Pada malam tu untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali maka aku pun mengotakan janji mencari video-video sukan tu. Semasa melihat video acara lontar peluru, terpaksalah mama menggayakan cara org lontar peluru sebab Fatini tak faham sangat walau pun dah tengok video tu. Apa yang dia paling concern is...

" Nanti kotor la tangan kakak pegang bola tu..."

Ish,ish,ish...kesitu pulak dia ni.



Balik dari sekolah esoknya aku pun tanya la lagi..."Macam mana lontar peluru..?"

"Kakak baling paling jauh....kawan kakak tu baling dekat je..." kata Fatini.

Hmmm...betul ke anak aku ni boleh baling peluru tu jauh-jauh, aku suruh jinjit plastik bag bila shopping barang pun dah terhoyong-hayang inikan pulak nak baling benda besi tu. Apa-apa pun kita tunggu apa kata cikgu dia nanti, Fatini terpilih atau tidak untuk acara lontar peluru. 

Acara sukan yang terakhir adalah lompat jauh. Aku budget Fatini mungkin boleh buat acara ni sebab dia lari laju tetapi....bila aku tanya macam mana dia buat, ini jawapannya...

"Kakak lompat tak kena pun pasir...."



Korang ingat dia hebat sangat sampai boleh lompat melepasi petak pasir??? Kirim salam la beb, dia lompat tu tak masuk langsung ke petak pasir la...hahahaha

Yang paling tak tahan, ayat tu dia cakap dengan nada bangga le pulak... Aduih...mama sudah tepuk dahi. Aku rasa Fatini ni mesti dia rasa geli dan kotor nak lompat masuk dalam pasir tu. Nak pulak pagi tu hujan renyai-renyai maka haruslah macam becak je petak pasir tu.

So aku tengah tunggu kalau-kalau cikgu dia akan bagi surat pemberitahuan yang Fatini terpilih dalam acara yang mana satu. Aku takde la letak apa-apa harapan, just nak bagi dia join sebarang acara supaya dia ada self confidence je...menang kalah tu belakang kira.




Comments

Popular posts from this blog

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...