Thursday, April 14, 2011

Stok EBM dah habis...

Hari ini aku telah menggunakan stok EBM terakhir yang berada di dalam peti sejuk aku. Ya Allah...hati aku sangat resah sekali...adakah ini bermakna perjalanan penyususan susu ibu secara eksklusif akan berakhir tak lama lagi??

Memang aku masih mampu membekalkan EBM walaupun tidak dapat memenuhi kehendak Muhammad sebanyak 20 oz sehari tetapi tidaklah bermakna eksklusif kalau terpaksa mencampur adukkan antara susu ibu dan susu formula.

Tak sanggup rasanya nak membayangkan di saat aku menghulurkan tin susu formula kepada pihak taska kelak. Pastinya air mataku akan menitis hiba.


Daku sudah pun menangis di dalam hati....

3 comments:

aida said...

jangan risau asu... ada rezeki anakmu lagi, insya Allah :)

Farrah Hasna said...

jgn patah semangat.teruskan usaha anda untuk membuat stok susu k..sayepun fully bfeeding..same2 kite bg yg terbaik utk anak kite..salam pknalan:-)

Asu Bahiyah said...

Farrah and aida...

terima kasih bebanyak ye...tapi hari ni Muhammad dah start minum FM utk 1 feeding time...huhuhu

Related Posts with Thumbnails