Amaran: Post ini adalah luahan hati blues seorang wanita. Sila jangan muntah hijau di karpet opis ye.
Minggu ini seperti biasa En.Hubby kerja outstation lagi. Bukannya aku tak biasa, memang dah selalu aku ditinggalkan sejak perkahwinan kami 8 tahun yang lepas. Tapi entah kenapa pagi ini hidup aku terasa kosong, sunyi dan seolah-olah aku hilang pedoman. Ditengah-tengah hiruk-pikuk anak-anak menangis dan bertelagah sesama sendiri, fikiran aku pula menerawang entah ke mana.
Semalam aku telah meluahkan rasa lelahku kerana terlalu kerap ditinggalkan pada si dia. Sesungguhnya aku dah jemu menghadapi rutin hidup sebegini dengan ketiadaan En.Hubby di sisi. Aku sangat letih hingga hampir sahaja aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji sehingga Muhammad berumur setahun. Silap-silap ku sambung lagi sehingga dia berumur dua tahun pula.
Dengan mengambil cuti tanpa gaji maka bolehlah aku meluangkan masa yang lebih buat membimbing pembelajaran Fatini, dapat juga aku memanjakan Farzana yang terpaksa berkongsi kasih dengan Muhammad yang masih bayi. Aku juga tak perlu berjerih mengepam susu untuk Muhammad dan tak perlu risau isu bekalan susu yang tidak cukup ketika dia di taska. Aku juga akan lebih kurang tensi dari keadaan sekarang bila mana terpaksa bangun seawal 4.45 pagi untuk menyiapkan anak-anak ke sekolah dan diri sendiri ke tempat kerja. Tidak haruskah aku lelah sekiranya setiap malam aku hanya tidur-tidur ayam pula? Itu semua menguatkan lagi keinginanku untuk melupakan seketika tentang hal kerjaya.
Tetapi malangnya kehidupan adalah tidak seindah itu. Kos saraan hidup yang terlalu tinggi dan menekan kami di kiri dan kanan memaksa aku untuk terus bekerja dan memperolehi gaji bulanan walau pun ianya tidak seberapa. Bersyukur pada Allah kerana kami masih ada makanan, pakaian dan tempat berteduh.
Apakah harus ku ikutkan kata hati??? Pepatah melayu menyebut "Ikutkan hati , mati. Ikutkan rasa, binasa." membuatkan aku masih teragak-agak dengan keputusan ini.
To be continue....

Comments
Memang tengah sabar ni kak, tengah cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik pada anak-anak. Bagi saya "family come first". Cuba tak tahu la selama mana diri ni dapat bertahan, kekadang time penat tu meletus la jugak gunung berapi kat anak-anak, kesian diorang...