Pagi semalam aku bangun tido dan siapkan brg-brg anak dan diri sendiri...diorang ke sekolah dan aku ke opis. Tetiba en.hubby panggil aku dgn suara cemas....aku pun sgt berdebar pegilah dapatkan dia kat dalam bilik tidur. Rupa-rupanya ada kesan darah kat hidung Farzana tapi dah kering la...but agak banyak jugak sampai meleleh kat cadar. Aku pun cepat-cepat ambil wet tissue dan lap kesan darah kat hidung Farzana. Kesian anak mama...mesti panas kat dalam badan dia sampai berdarah hidung. Aku pun mandikan dia lama-lama sikit pagi tu untuk kurangkan suhu dalam badan dia. Petangnya semasa balik dari sekolah, cikgu dia cakap hidung Farzana bedarah lagi...aduh, sedihnya aku bila tengok muka dia time tu...balik ke rumah aku bagi la dia makan ubat demam walau pun dahi dia tak panas pun. Harapnya hari ni hidung dia tak berdarah lagi...risau betul aku...takut lain pulak jadinya. p/s: gambar takde sebab maknya panik ya amat time tu...