Friday, July 2, 2010

Rumah Blackout

Semalam petang dalam 3.45 tu rumah aku dan jiran-jiran blackout. Berpeluh-peluh la aku dan Muhammad kat dalam rumah, nasib baik ada stroller fan cam dalam gambar kat bawah ni, dapat jugak Muhammad dan mama dia tido dgn lena.
Nak buka pintu supaya angin petang masuk aku risau binatang tak diingini masuk ke rumah pulak. Masih meremang tau leher ni setiap kali teringat kes ular tu. Baca entry pasal ular tu di sini.

Blackout petang semalam tu lama le pulak. Bila hubby dan anak-anak sampai ke rumah dlm pukul 6 tu pun masih takde eletrik lagi, dah 2 jam lebih ni. Lepas hubby aku solat Asar kitorang pun keluar la jenjalan, duduk rumah dgn takde eletrik ni mau semua org tanggal baju karang. So kitorang pun menuju ke satu tempat yg sesuai untuk makan, jalan-jalan dan baby friendly. Ini elemen paling penting sebab dgn Muhammad yg heavy wetter dan breastfeed so kena la lepak tempat yg selesa untuk kitorang. Kitorang melepak di Jusco Bukit Tinggi sampai pukul 9 malam...haaa....ambik ko. Takde membeli belah satu hape pun, hanya makan, window shopping dan layan anak-anak kat Smart Wonderland.

Bila dah balik umah  tgk dah ada eletrik, alhamdulillah. So cecepat la aku pegi belek frozen EBM kat dalam fridge...fuhh...nasib baik tak cair. Aku rasa suhu kat dalam tu masih maintain sebab ada ice pack dgn ice brick yg aku letak kat pintu fridge, pastu ada air batu lagi so sedikit sebanyak ia membantu jugak.


Bila takde eletrik lama cenggitu mulalah aku membebel-bebel kat T*B padahal aku pun kerja kat situ jugak...hehehe...

2 comments:

Ina Hashim said...

dah jejalan?dah abih pantang ke asu?

Asu Bahiyah said...

Belum abih lagi kak tapi tak sanggup duk kat umah dengan takde eletrik...hehehe...

Related Posts with Thumbnails