Skip to main content

Susu Dah Kurang...

Aku sedang menghadapi masalah bekalan susu yang tidak meet dengan demand Muhammad. Setiap hari dia consume 20oz tapi aku hanya dapat produce 15-17oz je. So setiap hari jugak aku terpaksa top up dengan stock. Keadaan semakin buruk ketika aku kena mastitis tempohari (baca di sini). Semakin banyaklah aku menggunakan stock EBM sehinggalah surut semuanya. Setakat hari ini EBM yang berbaki adalah 2x4oz, mungkin hanya cukup untuk menampung bekalan bagi esok dan lusa.

Diri terasa sangat down walau pun muka masih mampu tersenyum. Sesungguhnya aku masih belum bersedia untuk memberikan formula milk kepada anakanda tersayang. Ya Allah, permudahkanlah dugaan bagi hambaMu ini.

Mujur ada achik Sue yang tak putus-putus memberi inspirasi melalui blog beliau di sini. Ku dah berkali-kali khatam sebenarnya tapi ku ulang baca sehingga semangat kembali membara. Terima kasih di atas jasamu Suraya yang membantu secara fizikal dan mental. InsyaAllah aku pasti mampu mengharunginya... FIGHTING!! CHAIYOK!!

Terkenang semasa menyusukan Farzana dahulu...betapa murahnya rezeki yang Allah kurniakan buat dia sampai terbuang-buang EBM yang expired. Huhuhu...


Stok EBM Ogos 2008

 
Stock EBM September 2008

Discarded EBM December 2009.

Comments

InsyaAllah ada rezeki anak.. sama2 kita usahakan ya.. susu Aja pun x meriah mcm masa Aja nyusukan Rayyan, lagi2 Nur dh 14 bulan now... tapi Aja keep on pumping nih. Sama2 kita doa dan usaha serta tawakal..

Take care dear
Asu Bahiyah said…
InsyaAllah....mari kita berusaha sedaya mungkin. Dengan iringan doa dari pelbagai pihak, semoga semuanya akan dipermudahkan...amin.
Unknown said…
salam asu...

sbg bf mom, apa yg sy amalkan...

1. pam/direct feeding secara konsisten...3-4 jam sekali. lagi kerap kita perah/rangsang breast, lagi bnyklah susu dihasilkan..saya x tunggu sampai breast bengkak br pam/bg bb hisap...

2. minum air atleast 3liter sehari...bf mom kn minum air bnyk utk gantikan susu yg keluar..sy guna botol air yg ada indicator...so senang nk monitor bp bnyk air yg kita minum tiap hari.

3. doa agar dipermudahkn perjalanan penyusuan kita...insyaAllah!!!!

Alhamdulillah sy berjaya lengkapkn penyusuan 2 thn utk ank sulong. now dlm proses utk ank kedua plk..ada 9 bln lgi...insyaallah!!!:)
Asu Bahiyah said…
Alhamdulillah Yati...bab pam dan direct feed tu masih ok, cuma tang nak minum air kosong banyak2 tu selalu la culas. Minum air manis tu banyak la...

InsyaAllah kita boleh lakukan...kita kan superwomen...!!

Popular posts from this blog

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah habis,

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk dapa