Ini bondaku...dah berusia 80 tahun dia tahun ini...ye dah tua, tapi alhamdulillah masih sihat dan kuat. Masih boleh berkebun dan menyangkul...gagah kan...? Heheheh Birthday bonda ke 80. Bonda aku ni menjadi rebutan kalau dia datang ke KL...habis anak beranak dan cucu cicit angkut dia ke sana sini hahaha....tempat favorite dia adalah nursery jualan pokok bunga dan Ikea 😄 Oh ya...pada tahun 2019 ini jumlah cucu bonda adalah 27 orang dan cicit seramai 5 orang. Sebahagian dari anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit. Ayahanda dah meninggalkan kami pada tahun 2010...ketika anakku Muhammad Fareez belum pun lahir ke dunia...tak sempat dia dan adik2 mengenali tokwan. Al-fatihah buat ayahanda....rindunya 😠Ini gambar terbaru aku dgn bonda... Anak bongsu bonda ni dah ada kedut di wajah huhuhu....dah tua jugak, seiring dgn bertambahnya usia bonda...sayang bonda ketat2 😘 Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat bondaku...aaminnn...
Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi Mama ha