Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Breastfeeding

Stok EBM dah habis...

Hari ini aku telah menggunakan stok EBM terakhir yang berada di dalam peti sejuk aku. Ya Allah...hati aku sangat resah sekali...adakah ini bermakna perjalanan penyususan susu ibu secara eksklusif akan berakhir tak lama lagi?? Memang aku masih mampu membekalkan EBM walaupun tidak dapat memenuhi kehendak Muhammad sebanyak 20 oz sehari tetapi tidaklah bermakna eksklusif kalau terpaksa mencampur adukkan antara susu ibu dan susu formula. Tak sanggup rasanya nak membayangkan di saat aku menghulurkan tin susu formula kepada pihak taska kelak. Pastinya air mataku akan menitis hiba. Daku sudah pun menangis di dalam hati....

Susu Dah Kurang...

Aku sedang menghadapi masalah bekalan susu yang tidak meet dengan demand Muhammad. Setiap hari dia consume 20oz tapi aku hanya dapat produce 15-17oz je. So setiap hari jugak aku terpaksa top up dengan stock. Keadaan semakin buruk ketika aku kena mastitis tempohari ( baca di sini ). Semakin banyaklah aku menggunakan stock EBM sehinggalah surut semuanya. Setakat hari ini EBM yang berbaki adalah 2x4oz, mungkin hanya cukup untuk menampung bekalan bagi esok dan lusa. Diri terasa sangat down walau pun muka masih mampu tersenyum. Sesungguhnya aku masih belum bersedia untuk memberikan formula milk kepada anakanda tersayang. Ya Allah, permudahkanlah dugaan bagi hambaMu ini. Mujur ada achik Sue yang tak putus-putus memberi inspirasi melalui blog beliau di sini . Ku dah berkali-kali khatam sebenarnya tapi ku ulang baca sehingga semangat kembali membara. Terima kasih di atas jasamu Suraya yang membantu secara fizikal dan mental. InsyaAllah aku pasti mampu mengharunginya... FIGHTING!! CHAIY...

Aku MC due to Blocked Milk Dutc

Aku sekarang tengah MC dua hari sebab...tetiba aku rasa sejuk ya amat sangat masa kat opis, pastu on the way balik rumah aku kena sakit kepala yang ala-ala migrain tu sampai kena makan pain killer baru sakit tu hilang. Nasib baik pada hari kejadian En.Hubby baru sampai ke KL dari outstation maka ada orang nak tolong drive kan kereta balik ke rumah. Kalaulah time tu aku sensorang dan dengan nak kena handle anak-anak sendiri maka maunya aku drive kereta pegi ER kat hospital terdekat. Oh ya, dalam masa aku rasa sejuk sampai gigil-gigil tu, breast aku sebelah kiri rasa sangat sakit macam ada jarum kat dalam. Yang peliknya walaupun aku rasa sejuk gigil tapi temperature badan aku tak la panas pun macam kebiasaan org demam. Esoknya aku pegi klinik dan doktor pun check aku...jeng,jeng,jeng...rupa-rupanya aku kena Blocked Milk Dutc yang dah ada infection...huhuhu. Baru aku teringat sebelum aku kena serangan sejuk tu aku baru lepas pam susu tapi breast aku still rasa tak kosong walau pun a...

Farzana dan Main Mak-Mak

Farzana dah besar, dah berumur 2 tahun 5 bulan. Dah jadi kakak yang baik dan dah pandai main mak-mak. Masa main mak-mak tu dia akan tiru semua perbuatan aku kat dia, dia akan buat benda yang sama kat baby doll dia macam....bagi mandi, basuh yak-yak dan bagi susu. Haaa....part bagi susu ni la yang best sebab sangat la berbeza cara dia susukan baby doll dia tu dengan zaman aku dulu. Masa zaman aku kecik-kecik, aku akan bagi baby doll aku minum susu guna botol susu. Nak pura-pura breastfeed amatlah jauh sekali sebab rasa malu yg sangat menebal di dalam dada, padahal mainnya sensorang je. Masa aku baby dulu aku hanya menyusu susu ibu aku sekejap je kata mak, lepas tu susu mak aku pun dah kering, takmo terhasil lagi dah. Mungkin faktor usia mak aku yang melahirkan aku masa umurnya 41 tahun, hormon prolaktin pun dah kurang dan mungkin juga dah bukan rezeki aku untuk terus menyusu dengan mak...maka selepas tu aku pun jadilah anak susuan lembu kekdahnya...huhuhu. Situasi...

Gigi Susu Fatini

Pagi semalam Fatini telah kehilangan gigi susunya yang pertama. Gigi di bahagian bawah tersebut gugur kerana telah matang dan bakal digantikan oleh gigi dewasa kelak. Dengan gugurnya gigi susu ni Fatini harus lebih rajin menjaga kebersihan giginya sebab gigi dewasa kalau sudah rosak takkan ada penggantinya lagi kecuali dengan memakai gigi palsu. Dah besar dah anak mama...dah 6 tahun, tahun depan dah nak ke sekolah kebangsaan. Kelakar pulak mama tengok muka kakak takde gigi...hihihi...macam nenek kebayan. Si kakak kecik ni pun sibuk je nak ambik gambar gigi dia jugak. Ini pulak gambar si Muhammad tengah tido interframe...berat terkini 6.7 kg, berkat menyusu susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah Muhammad pun dah sihat, harap-harapnya kekal macam tu lah sehingga dewasa.

Peristaltic Nipple

Sebelum ni kan aku ada bagitau yang baby Muhammad refused bottled feeding. Baca story tu kat sini Alhamdulillah sekarang dia dah mula minum susu dari botol dengan kapasiti yang normal. Kalau zaman Farzana dulu botol dan puting ajaib dia ialah botol MAM tapi si Muhammad ni lain pulak seleranya. Dah puas dicuba bermacam-macam jenis botol dan puting, dah berhabis duit ringgit juga membeli jenama itu dan ini akhirnya aku jumpa juga si ajaib itu...yang sesuai dengan selera Muhammad. Memperkenalkan peristaltic nipple keluaran Pigeon. Ia mempunyai 2 saiz iaitu untuk standard neck botlle dan wide neck botlle. Aku beli yang standard neck aje sebab senang nak fit dgn botol Medela, NUK, MLO dan Bumble Bee yang aku ada. Harganya RM13.90 bagi dua teat. Bacalah serba sedikit pasal peristaltic nipple ni...aku cut and paste dari website Pigeon. Nipple Features Super-Stretchable Teat section has an "accordion-like" portion that enables it to stretch in response to the peristaltic ...

Baby Muhammad Hari Ke-38

Hi untie and uncle, I am baby Muhammad. This is my latest good looking face. I am bulat kan?? My untie said that I am an obesity baby, but I know I'm not because I only drink mama's milk....it's so yummy and healthy too. Owh...btw my current weight is 4.4kg. And I will cry out loud during nappy change because I was so scare to be undressed. It makes me feel left alone. This is my sister, Farzana who always cried for mama's milk each time I had mine.

Tragedi balik kampung

Minggu lepas aku balik ke kampung hubby beberapa hari, sempatlah mengurut dengan bidan di sana untuk 2 hari. Okaylah tu walau pun cuma 2 hari, dapat la jugak kurangkan lenguh-lenguh badan ni. Next time aku pergi la servis lagi kat tempat urut orang buta ke, kat kampung aku ke... Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal urut-urut ni...tapi ada kisah lain semasa kat sana yang membuatkan aku tak senang duduk. Camni ceritanya... Korang tahu kan kebaikan susu ibu? Korang tahu kan bayi hanya perlu minum susu ibu sahaja sehingga berumur 6 bulan? Korang tahu kan bayi hanya boleh di beri makan selepas dia berumur 6 bulan? Haa....kalau korang nak tahu....MIL aku nak bagi baby Muhammad makan nasik lenyek....huhuhuhu Nasib baik aku cepat tangkap...kalau tidak...dah selamat anak aku telan nasik di usia 1 bulan ++. Dia kata anak aku lapar tak cukup susu sebab kerap sangat asyik nak menyusu je....hhohohoho.... Aku pun ala-ala tertinggikan suara sikit masa nak melarang tu, aku bajet MIL aku co...

EBM for Muhammad

Tempohari aku ada mention nak menulis pasal breast feed si Muhammad ni kan...so here we go.... Masa memula melahirkan Muhammad, detik pertama nak breast feed dia membuatkan aku agak kecewa sebab...Muhammad tak pandai nak menyusu!!! Tak macam Farzana yang terus je pandai cari dan suck nipple aku, si Muhammad ni aku terpaksa bukakan mulut dan suap nipple tu ke dalam mulut dia, pastu agak lama mencuba barulah dia start menghisap. Lama tak lama tu dalam setengah jam jugak la aku duk godek si mamat ni....haish...sungguh mencabar time tu, dengan kita yang masih letih dan sakit baru lepas bersalin terpaksa pulak berusaha keras nak susukan dia supaya dia tidak terlepas menyusu dalam jam yang pertama selepas dilahirkan. Udah dia dapat menghisap tu dalam 2-3 kali sedut dia boleh layan tido pulak, aku kejutkan dengan bermacam-macam cara baru la dia terjaga dan menyusu semula. Aku ingatkan maybe dia masih kenyang sebab tu dia taknak minum, rupa-rupanya next feeding session pun Muhammad ni ...

EBM for Muhammad 11/6/2010

Pagi ni aku mengepam susu untuk EBM baby Muhammad dapat 10 oz. The highest volume of milk expressed in one session. Sebelum ni paling tinggi pun aku pernah dapat ialah 5 oz. It's remind me of zaman kegemilangan while pumping for Farzana before. As baby Muhammad turned 7 days today, I already collected 31 oz of EBM!!! Yeaabedabedu....

Sakit Lagi???

Perutku ada rasa sedikit sakit....contraction ke eh? Ke aku yang nerbes tak tentu pasal esok nak kena induce? Tadi sesaja call hubby tapi tak terkeluar cerita yang aku ada rasa sakit. Aku takut dia risau pastu kelam kabut nak balik padahal aku blom nak bersalin lagi. Nak tak nak aku tunggu jelah kalau-kalau makin kerap sakitnya sesambil buat apa yang patut. Dengan si kakak kecik ni ada kat umah, memang tak dapat nak rehat-rehat punyalah. Separuh hari ni saja dia dah pooped 2 kali. Dia ni memang sangat mudah membuang, tak macam si Fatini dulu...beberapa hari sekali baru nak membuang maka haruslah sembelit. Maybe ini berkat Farzana fully breastfeed kot....aktiviti usus takde problem. Aku perasan yang softfit Medela PISA tu macam boleh masuk je kat FS tapi blom try lagi la. Softfit tu aku simpan dalam bekas dah lama, so bila bukak tadi tengok macam ada titis minyak. Nak kena cuci dulu la baru boleh try fitting dengan FS. Botol-botol susu untuk EBM pun blom bilas lagi, aiseh...banyak l...

Selamat Tinggal PISA

Pam elektrik pertamaku, Medela PISA telah selamat bertukar tangan sebentar tadi. Sedih jugak hati ni sebab itu hadiah dari En.Hubby semasa aku melahirkan Farzana 2 tahun yang lepas. Banyak kenangan dan jasa yang telah dilakukan oleh PISA tu sehingga aku berjaya menyusukan Farzana melepasi umur 2 tahun. Dek kerana PISA itu jugalah beberapa kenalan dan kakakku sendiri turut berjaya menyusu bayi mereka secara eksklusif. Semuanya kerana melihat bagaimana cara aku mengepam susu menggunakan PISA tersebut. Walau bagaimana pun PISA tu terpaksa aku lepaskan jua kerana aku memerlukan double pumping pump yang lebih mobility, so aku merancang dan menabung untuk mendapatkan Medela Freestyle. Setelah berjaya memiliki Medela FS akhirnya PISA kesayangan telah berpindah tuan dengan rasminya hari ini. Antara gambar kenangan ketika aku menggunakan PISA. Antara hasil yang berjaya dikumpulkan dengan menggunakan PISA. Semoga ia dapat berkhidmat dan terus menyumbangkan jasa baiknya kepada tuannya yan...

Medela FS

Baru tengahari tadi Medela FS yang aku beli dari Ajasu sampai ke rumah, hubby Aja yang hantarkan. Achik seronot tak hengat donia ni.....terus godek-godek toy baru....hihihihi Aja oh Aja....terima kasih bebanyak...udah le bagi diskaun, siap ada hadiah lagi.....aku suka sangat.... Sayang kat ko....muahhhsss....

Pakai tudung

Farzana sejak akhir-akhir ni suka sangat main pakai-pakai tudung. Habis tudung yang ada dia belasah pakai....kadang-kadang dia sembahyang, kadang-kadang berbual sorang-sorang. Yang peliknya boleh pulak dia tahan panas berjam-jam pakai tudung tu. Aku rasa dia tengah berimaginasi yang dia dah dewasa, pegi sekolah or kerja sebab tu pakai tudung. Dah pakai tudung tu dia akan jalan sana-sini keliling umah. Dia ni dah pandai menyatakan kehendak dia. Kalau dia nak pakai tudung yang kaler biru, jangan ko bagi tudung kaler lain, kompem dia marah. Dia akan cakap "nanak,nanak,.....ini adik nyer...itu mama nyer/kakak nyer..." Dah besar dah anak mama ni...esok dia akan sambut birthday dia yang ke-2 tahun...dah completed breastfeeding journey mama selama 2 tahun dengan Farzana. Walau bagaimana pun aku akan still breastfeed dan continue pumping susu untuk dia bila baby baru ni dah lahir nanti.... Kan susu ibu tu banyakkkkk faedahnya...... Haaa....cuba korang tengok ggambar kat ba...

Bila kakak ke sekolah...

Hari ini hari yang agak aman untuk mama di rumah. Pagi-pagi papa dah kejutkan kakak supaya mandi dan bersiap-siap ke sekolah. Kakak seperti biasa akan berlakon drama air mata bila dia terpaksa ke sekolah tapi mama duduk di rumah je.  Dalam berjujuran air mata tu dia masuk ugak ke dalam kereta...hihihi...kakak ni manja sungguh la.... Tapi kenapa mama kata agak aman? Masih ada yang belum aman ke?? Ye...bukan ke si kakak kecik ni masih bertempek dengan mama di rumah makanya tidaklah 100% aman. Telinga memanglah tak bingit lagi dengar jeritan dan gaduhan kedu-dua beradik tu tapi bingit bila si kecik ni asyik nak berkepit 24 jam, pantang lepa mula la merengek nak menyusu. Dia dah pandai korek-korek nak buka sendiri punca susu segar dia ni....ish,ish,ish. Pastu dah pandai merajuk bila tak dapat apa yang dia nak...dah bertambah akal dia. Selalu akan cium baby (perut mama) bila dapat peluang. "Sayam..." katanya, maksudnya sayang la tu... Entah macam mana la agak lagi bebera...

Medela Pump In Style Advance (PISA) to let go-Sold

Harap Maaf, Medela PISA saya telah disunting orang. Terima kasih kerana berminat. Salam semua, Buat pengetahuan korang, aku berhajat untuk meng 'let go' Medela PISA aku. PISA ni aku beli dari Pengedar Sah Medela Malaysia iaitu Lacta Equip di Ampang dengan harga RM1880. Aku nak let go pada harga RM900 (nego). Aku beli PISA ni pada June 2008 dan menggunakannya untuk mengepam susu ketika berada di office. Aku menggunakannya sehinggalah aku berhenti mengepam susu pada November 2009. Selepas berhenti mengepam, aku lap bersih-bersih dan simpan dengan cermat. Condition pam ini adalah mint (like new) sebab aku memang jaga dengan cermat, tak pernah jatuh atau dented sekali pun. Suction nya pun masi sihat walafiat, tak perlu nak hantar servis bagai.... Sepanjang pam ni berkhidmat dengan aku, tak pernah aku hadapi apa-apa masalah sama ada dari segi suction, susu masuk tubing dan sebagainya. Memang pam ni superb dan excelent....suction nya sangat selesa dan ia ada 2 phase expressio...

Ahlan Wa Sahlan 2010

Sekarang dah pun bulan November, tak lama lagi tahun 2009 bakal meninggalkan kita. Masuk je tahun baru semua org pun sibuklah dengan azam di sana sini. Azam aku untuk tahun 2009 dah kecundang seminggu yg lepas iaitu nak fully breastfeed Farzana sehingga umurnya 2 tahun...aku dapat capai target peringkat ke-2 je... Peringkat 1 : Dari lahir hingga berumur 6 bulan Peringkat 2 : Dari 6 bulan hingga berumur setahun Peringkat 3 : Dari 1 tahun hingga 1 setengah tahun Peringkat 4 : Dari 1 setengah tahun hingga 2 tahun Aku terpaksa bekalkan susu formula kepada taska Farzana kerana production harian dah tak dapat menampung permintaan anak daraku tu. Bayangkanlah hasil perahan satu hari hanya dapat lebih kurang 3 oz je...sepatutnya in total aku kena bekalkan 12 oz....mana nak cekau lagi 9 oz tu hari-hari? Mula-mula aku pakai stok yg ada sedikit demi sedikit dan akhirnya kesemua stok yg melimpah ruah sebelum ni dah boliao....dengan tangan menggigil aku capai sekotak susu formula kat store...

Cerita Pasal Susu Ibu

Sedih betul kalau dikenang production susu aku sekarang...setiap hari aku terpaksa top up dengan stock beku satu atau dua ketul. Jarang-jarang sekali aku dapat memenuhi keperluan harian Farzana di taska. Umpama mimpi kalau aku dapat hasil yg boleh dijadikan stock. Semua mimpi ngeri ni bermula ketika bulan puasa tempohari. Pada masa tu memang hasil perahan amat merosot akibat kurang minum air dan makan. Tapi aku sabarkan hati dengan harapan semuanya akan kembali normal selepas raya nanti tapi....dah sebulan hari raya pun produksi aku masih di takat tu...mujur aku ada banyak stock beku yg aku buat sebelum ni, inilah penyambung hayat breastfeeding journey aku sekarang. But...pagi ni aku jengah peti sejuk aku tu, hanya tinggal empat ketul je lagi stock aku yg ada...means hanya cukup untuk 4 kali feedings je lagi. scary....huhuhuhu... Sebenarnya berat badan aku susut sangat drastik semasa bulan puasa...aku sekarang hanya lebih kurang 42kg ketika tu, adakalanya mencecah 41kg sahaja. Aku ...

Discarding expired EBM

Last Monday, I've discarded 7 packs of frozen EBM (Expressed Breast Milk) contain 5oz each. This is my EBM stock for month of February 2009 so it's already expired now. By discarding those EBM, I got more room to keep my favorite ice-cream. My EBM stock nowadays is just a so-so production. What I've pumped today is for tommorow's feeding, once in a blue moon here's come the extra milk for me to stored. It is not that I've surrender in the breastfeeding journey...nope, I'm still keep on going to breastfeed my lil one. Just the angin M is blowing my rajin away, but yet the spirit is still there. And my Farzana is still 100% on her mama's milk. I only expressed my milk once a day at work, fully direct feed at home. Mommies...please don't xerox (mesin fotostat la tu...) this yaa.... I got several packs of EBM from my March 2009 session, if calculated, the EBM is also reached the expiry date. I will discard those later due to unbearable sadness seing t...

Sejarah susu Fatini

Tajuk macam gempak je kan??? Sebenarnya aku nak story pasal susu-susu yang Fatini pernah minum dari baby sampailah sekarang, almost 5yo. Still minum susu?? Yes, susu kan penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Aku nak dia membesar bagai johan (walaupun dia kurus kering je) dan otak dia dapat segala khasiat DHA,AHA dan berbagai AAA lagi yang terkandung kat dalam susu tu. "Dah 5 tahun pun minum susu lagi?" "Eee...tak malu la, dah besar pun minum susu lagi" Ini antara ayat-ayat yang selalu aku dapat komen bila diorang tahu Fatini masih minum susu. Ini la adat melayu, ingat bila anak tu dah umur 2 atau 3 tahun so dia dah tak perlu susu lagi. Atas sebab ni jugak la ramai orang melayu dapat penyakit macam-macam terutamanya gigi mereput dan osteoperosis. Aku cukup pantang kalau orang duk paksa-paksa aku stop kan susu Fatini. Sampaikan aku pernah sound MIL aku (ni kes dah panas sangat telinga la ni), aku cakap kat dia... " susu ni perlu untuk kita seumur hidup, bukannya ...