Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ICT

Byk Post Outdated

Aku sebenarnya byk story nak cerita kat korang tapi nak compose blog post guna tablet ni bukanlah semudah yg di sangka terutamanya kalau ada attach gambar...adeih. Yelah, kalau guna komputer tu kita boleh simply klik sana sini ikut kemahuan kita tapi kalau kat tab ni, aku klik kat sini lain jadiknya...aku klik kat sinun, ke lain perginya. Pastu bila dah taip pjng-pjng dan aku rasa nak move ayat ni ke atas dan ke bawah satu hal lagi...bukan boleh drag je macam kita selalu buat kat komputer tu. Selalunya aku save as draft pastu bukak semula blog kat pc mana-mana dan edit post tadi, then baru aku publish. Letih la...last-last belambak-lambak drafted post yg aku ada tapi takde masa nak edit. Cuma satu je yang marbeles bila pakai tablet ni, aku boleh snap gambar dan terus publish kat blog. Dah tak payah nak transfer dari kamera ke pc lagi dah....dan....gambarnya pun mantop, memang aku puas hati dgn kualiti gambar dia. Hmmm...maybe aku patut explore pasal posting blog post via email ...

My New Toy / Gadget

Samsung Galaxy Tab 10.1 Present from En.Hubby...yeay....!!! Suscribe to Celcom Broadband package so the price will become RM1500++.

BEWARE: Spam email from HASIL!!!

Salam, Korang pernah tak dapat spam email kengkonon dari Maybank2U??? Hati-hati ye sebab sekarang ni dah ada pulak perangkap baru iaitu spam email yang kengkononnya datang dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Alamat email sender tu ala-ala macam dari unit refund, nak bagi balik duit tax yang kita terlebih bayar. Memang la syiok kalau dapat duit kan tapi apasal pulak nak kena klik ke link lain untuk tengok message tu??? Something fishy kat situ kan??? Cuba tengok email di bawah ni...perhatikan link yang aku bulatkan dengan warna merah tu. Kalau korang klik "Click Here" maka PC korang akan auto connect ke demon-gw.portersecurity.co.uk which is aku pun tak berani nak klik. Takut kalau-kalau dia hantar virus atau execute program yang akan curi information dari PC kita. Please don't....better safe than sorry ye.... Even LHDN sendiri dan keluarkan amaran mengenai spam email ni. Sila baca lebih lanjut di : http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=6&skum=1&po...

Mengidam..

Betul la apa yang korang baca tu...memang aku tengah mengidam nih. Tapi....aku mengidam bukan sebab aku mengandung lagik ye.... Aku sebenarnya tengah mengidamkan benda ni... Shantek kan??? Nak bagi air liur meleleh lagi??? Nah ambik ni...cuba tengok spec dia....  Intel Core i7 tu.....siap RAM 8GB lagi. Mana la achik ni tak meroyan, mahunya termimpi-mimpi tido memalam.   Tapi...yang membuatkan achik terdiam adalah...regenya RM3652, murah la tu. Cuma time-time lepas raya ni kat mana nak cekau duit sebanyak tu.   Err...kat mana nak dapat duit terpijak eh??? Korang tau tak??

Anda mungkin juga meminati

Widget "Anda mungkin juga meminati: " ni amatlah mudah untuk ditambah sebagai penyeri blog anda. Ingin mendapatkannya?? Layarilah laman web http://www.linkwithin.com/  . Hanya dengan beberapa klik, widget ini akan menjadi milik anda. Selepas itu, isikan details yang diperlukan dan klik "Get Widget". Bagi yg menggunakan blogspot.com, di bahagian Platform tu pilihlah Blogger . Kemudian ikutilah arahan langkah demi langkah yang diberikan, contohnya seperti di bawah: Dah habis klik, klik, klik....tadaaaa....siaplah. Senang je, tak perlu register atau sign up apa-apa.

Kenapa Senyap Aje???

Dah lama tak update blog kan? Sebenarnya aku ada problem dengan connection internet kat opis aku ni...biasa la asyik blocked sana-sini lastly jadi biol semuanya. Laptop ni pulak bila hari bekerja aku memang tinggalkan kat opis je...tak kuasa aku nak bawak back and forth. Hari Jumaat macam hari ni baru la aku akan packed dan angkut balik umah. Itu la sebabnya aku takde update blog....nak baca email yahoo pun tak dapek, mebeng atok you pun ngak bisa....haishh..... Btw, the problem has been fixed dan aku berjaya la update blog hari ni.... Rerupanya bukan opis aku je yang kena benda camni (assumed as setting internet dan proxy jadi caca-merba), opis kakak aku kat Prot*n pun kena jugak. Aku google kat internet pun rupanya ini worldwide punya problem (sape yg tak kena tu must be very lucky). Previously PC aku jadi frozen around 10 minit bila kita on power supply....pastu baru dia respond macam biasa. Laptop kakak dan abg ipar aku pun sama jugak....lama dia hanged pastu baru jalan balik. ...

Aztech Wireless Broadband Router

dalam post yang lepas aku cerita pasal configuration ADSL modem kan....so dalam post kali ni aku nak story pulak pasal configuration wireless router supaya boleh connected dengan Streamyx tu.... Router aku brand Aztech model WL830RT4. Di bahagian LAN tu korang boleh isi dengan apa-apa IP yang korang suka.... Yang paling penting ialah bahagian WAN tu...korang pilih setting Dynamic IP pastu dia akan bagi IP secara automatik bila ADSL modem dah connected dengan wireless router tu...it takes time dalam beberapa minit sebelum keluar IP kat bahagian WAN tu....double check bahawa IP dia mesti dalam range yang sama dengan LAN IP di ADSL modem...kalau tak sama confirm tak jalan. So koang kena troubleshooting atau reconfigure IP kat both modem dan router korang. Username dan password default untuk router Aztech model ini ialah... Username: admin Password: admin Dinasihatkan agar korang ubah username dan password default ni kepada nilai yang lain...untuk mengelakkan network anda d...

Streamyx ADSL Modem Configuration

Aku share dengan korang cara-cara nak configure ADSL modem yang digunakan untuk Streamyx connection. Modem aku ni brand Billion. Ini untuk peringatan aku jugak kot-kot nanti aku reset modem tu dan hilang semua setting so boleh aku refer balik kat post aku ni. Bahagian kotak yang merah tu aku sengaja letakkan sebab takut ada hackers yang cilok IP aku pulak nanti....tapi IP tu akan diberi oleh ISP, Streamyx la tu... Untuk configure ADSL modem ni nanti akan ada username dan password. Antara yang kebiasaannya diguna pakai ialah: Username: admin Password: admin Username: admin Password: password Tapi kalau korang ada tukar kepada password sendiri so pepandai la ingatkan balik....kalau nak selamat better tulis kat dalam buku nota username dan password yang korang dah set kat ADSL modem tu. Kalau dah tragis sangat tak ingatnya maka call la TM di no. 100 dan siapkan no. akaun Streamyx korang, mintak diorang reset modem tu...pastu mintak balik details dari diorang (username,pas...

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Blog tak update - Problemo Solved

Hari tu aku ada story pasal blog aku yang status last update nya tak update (apa punya ayat la ni...). Cenggini...aku perasan yang blog list di blog orang lain tunjuk status aku last update 2 weeks ago padahal aku ada je update walaupun bukan hari-hari la...so aku pun resah gelisah dan googled for the solution. Korang boleh baca post tu kat sini Setelah beberapa hari baca sana-sini aku pun try la suggestion blogger lain yang pernah jugak hadapi masalah yg sama dengan blog aku ni...in fact aku terkejut giler yang sangat ramai rupanya blogger yang kena problem macam aku. Kalau orang yg tulis blog untuk suka-suka macam aku ni takde hal la sangat, paling-paling pun orang kata aku pemalas je...atau takde story baru. Cuba kata kalau blog tu orang guna untuk buat bisness, dapat income dari situ? Contohnya yang terima tempahan kek, baju, CD bla bla bla....kesian kan kat diorang. Silap-silap customer pun lari sebab kata peniaga tu tipu, tak update2 blog pun. So kat sini aku nak sha...

Blog tak update?

Aku baru perasan dari blog lists member-member yang status last updated blog aku adalah 2 weeks ago...apakah??? Aku update la woi....walau pun bukan hari-hari tapi jangan la ko gi taruk sampai 2 minggu tak update...haiyaaa.... Dan aku perasan jugak bukan blog aku sorang je yang salah info pasal last update, tapi ada a few lagi blog member-member aku kena jugak. Status tulis last update 1 week ago tapi bila aku bukak ada 3,4 posting yang baru. Nampaknya aku takleh blog hoping berdasarkan status last update la...kena check tetiap hari or 2 hari sekali...kalau tidak harusnya aku ketinggalan keretapi.....pon,pon bunyi diaaa....

Corrupted jpeg file

Pagi tadi aku ada sessi lawatan ke NOC di TimeDotCom. Tujuan lawatan ni adalah untuk mempelajari dan bertukar-tukar pendapat berkenaan cara operasi sesebuah control centre. Banyak benda yang kami bincangkan kat situ. Tapi...apa yang aku nak story kat dalam post ini ialah kejadian gambar-gambar yang aku ambik kat lokasi lawatan tu ada yang corrupted. Kenapa?? Aku rasa sebab connectivity yang intermittent antara PC dan portable hard disk aku (sometime PC detect hard disk tu, kadang2 tidak). Aku sikit punya sedih la sebab antara gambar yang corrupted tu adalah gambar yang penting, gambar design bilik NOC diorang. Itu antara main agenda kitorang ke sana. So...sebagai mamarazzi (mama la kan sebab aku perempuan dan ibu) aku rasa tak best la menghampakan pihak management...macam korang upah photographer ambik gambar kahwin korang, tetiba gambar tu corrupt...camne rasa??? Aku pun google la ke sana-sini mencari solution untuk recover balik gambar aku yang corrupted ni...dan....aku jumpa softwa...