Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Work

Masih Mood Cuti

Ye...walau pun aku dah dua hari masuk kerja tapi mood mau kerja masih belum mari... Jangan la korang ingat aku ni nak beraya sakan, takde maknanya...cuma aku masih di dalam mood cuti, nak golek-golek atas tilam kat rumah, nak main game dan tgk tv sampai lebam. Owh, indahnya dunia kalau hari-hari boleh buat mcm tu.... Kat tempat kerja pulak macam c**** (maaf, dah sampai tahap gaban punya geram), suka assume org takde kerja sebab hari-hari duduk depan komputer tak gerak-gerak. Udah kerja aku tengok NMS mestilah kena duduk kat komputer...ggrrr. Ingat aku main facebook (yg mmg kena blocked kat opis) ke hape??? Maka dikutip la kerja-kerja org lain tu bagi kat aku...aduih...:-(

Kasi muntah sikit...

Latest update 21/06/2011 - The tumor turn out to be a 3rd stage cancer. So he will start a 6 cycles of chemo very soon. Member aku  kat opis ni baru lepas operation membuang tumor/ketumbuhan kat dalam abdomen. Inilah rupa tumor tu...

Projek baru

Dua orang sahabat kat opis ni bakal menjadi raja sehari, maka aku tetiba gatal tangan nak sumbangkan sesuatu buat diorang berdua. Bendanya simple je but yet stunning....eh..chewahhh! Ini ha bendanya....goodies bag made from brown paper bag. Gambar-gambar kat bawah adalah ehsan encik google. So sekarang ni aku tengah tunggu brown paper bag yang aku order dari http://www.pph.com.my/ dengan harga RM75 untuk 1000 pcs. Murah kan?? Tak sabar rasanya nak hias comel-comel paper bag tu....zaman aku kahwin dedulu mana ada semua ni, paling canggih pun orang bagi sapu tangan je time tu. Btw aku sponsor diorang goodies bag je...isi dalam taruk le sendiri...hahahaha.

Cer Teka???

Salam dan salam sejahtera, Stampad dan cop di sahkan benar telah akak jumpa. Harap maklum Cer korang agak, apa maksud ayat ni...?   p/s: Selingan di waktu senggang. Kalau bebudak opis tau aku post kat sini----> "KAK TAK TAU LAAA....."

Iklan Kekosongan Jawatan - Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen. Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan serta mendokong visi kepimpinan yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan ini menjemput mereka yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan TNB. Bidang-bidang akademik yang diperlukan adalah seperti berikut: Pemegang Ijazah: • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan) • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komp...

Jawatan kosong : Juruteknik Tingkatan Biasa “B”

Nama Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa "B" - Gred TT09/10 Syarikat : Tenaga Nasional Berhad Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2010 Syarat-syarat Kelayakan : 1. Warganegara Malaysia 2. Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa / Elektronik / Kawalan & Instrumen) dari Politeknik atau institusi –institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas. DAN 3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut: · Bahasa Inggeris · Matematik 4. Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010. 5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna. 6. Berkebolehan menggunakan komputer. 7. Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia 8. Keutamaan adalah kepada calon lelaki. Permohonan adalah secara online. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini  

Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Perubatan

Ada kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di atas di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sesiapa yang berminat dan memenuhi kriteria silalah memohon. Nama Jawatan :  Penolong Pegawai Perubatan Jenis Permohonan : Bukan Eksekutif - Manual Bahagian Corporate Division (4001) Tenaga Nasional Berhad Lokasi : • Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur • Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu • Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands • Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor Tarikh Tutup Permohonan :  13/8/2010 12:00 AM Huraian Tugas & Tanggungjawab : · Mentadbir dan mengurus dispensari TNB · Membantu Doktor dalam perawatan pesakit · Memberi rawatan kepada pesakit luar · Merawat kes-kes kecemasan · Mengurus dan memberi ubat · Menjalankan pemeriksaan makmal · Memberi kaunseling kepada pesakit · Bertugas atas panggilan (Stand-by) Syarat-syarat Kelayakan : · Memiliki...

Bestnya cuti...

Lama kan aku tak update blog??? Sebenarnya last week aku cuti, balik ke kampung halaman aku di Kedah...best tau....tapi plan asal nak mandi sungai pun tak jadi sebab cuaca yang amat panas, nak keluar umah pun tak lalu beb.... Apa yang aku buat sepanjang bercuti tu??? Hanya layan anak-anak dan main PC games....nak upate blog pun tak dapat sebab wifi kat lappy aku ni buat hal....takleh nak connected. Nak pakai wired malas la pulak sebab location router tu agak tak selesa untuk lepak lama-lama, nak-nak dalam cuaca yang panas ni lagi la kan. Lastly aku main je game bodoh-bodoh yang ada kat hard disk aku tu kat depan kipas angin...plus dengan kipas siling yang ligat berputar.....aiseyman....sangat la membahangnya cuaca di sini-sana. Aku hanya keluar jenjalan, makan dan shopping pada waktu malam je.... Dengar kata di Cameron Highland pun dah tak sejuk di siang hari....di Genting Highland pun serupa jugak. Tapi aku masih bersyukur kerana setakat hari ni belum ada lagi rakyat Malaysia di s...

Makan Gaji Buta

Ada seorang jurutera (huish...sebut jawatan tak cover2 dah...hahahaha) yang dah kerja kat sini ada la dalam 3,4 tahun tapi hampeh, tak tahu buat kerja. Senang cerita dia ni makan gaji buta la.... Masa memula masuk dulu aku masih boleh bersabar lagi dengan dia ni...tiap-tiap kali ada breakdown aku yang duduk pecah kepala tolong settle kan. Masa tu aku punyalah baik hati sebab aku assume dia ni cempedak di luar pagar...jadi aku tolong la ajarkan. Tapi bila dah 2,3 tahun dia masih lagi camtu, masih di tahap yang sama...kesabaran aku pun dah hilang. Aku rasa dia ni pemalas sebenarnya, malas nak susahkan kepala otak dia belajar camne cara nak tackle breakdown...malas nak belajar camne cara nak handle NMS dan equipment. Aku pun jadi hangin la...sikit-sikit nak suruh tolong, nak convert report ke dalam bentuk excel pun nak mintak aku tolong...pemalas betul. Segala yang aku ajar dulu aku nampak la dia ada tulis, kengkonon buat nota "cari makan la" (aku sendiri pun ada nota cari m...

Good Bye and Good Luck

Setelah hampir 6 tahun aku bekerja di unit ini, berbagai-bagai wajah manusia telah menghiasi bilik kawalan nan tercinta ni. Ramai yang telah datang dan pergi....perginya for good insyaAllah. Wajah-wajah yang telah meninggalkan kami yang menjadi penunggu setia bilik kawalan ini ialah.... En.Azman (kiri) dan En.Fariza (kanan). En.Azman telah ditukarkan ke unit lain, untuk menguruskan sebuah projek baru (CGIS). Beliau merupakan manager ketika bertugas di pusat kawalan. En.Fariza pula bertukar ke bahagian lain (keluar dari bahagian sekarang) kerana kenaikan pangkat. Dahulu beliau adalah juruteknik di pusat kawalan. En.Shahrizal. Beliau merupakan seorang jurutera di sini tetapi telah meletakkan jawatan dan berhijrah ke Exxon Mobil. Kini berkhidmat di Alcatel Lucent. En.Ardian En. Ardian merupakan pengganti En.Azman sebagai Pengurus, juga telah meninggalkan syarikat ini dan sekarang berkhidmat di DiGi. En.Husni Azam (berbaju biru di sebelah kiri) dan En. Pazli (bercermin mata...

Please...start listening....

Hari Selasa lepas unit aku ada perjumpaan dengan top management department aku. Kengkononnya nak face-to-face berbincang pasal apa-apa je isu yang kitorag nak cakapkan. Ini second time la big boss aku ni turun ke unit aku untuk buat perbincangan ni. As for me, memang program macam ni bagus sebab administration  dan management akan jadi lebih telus, segala isu-isu dapat disampaikan terus kepada pihak top management . Aku budget maybe ada banyak isu-isu ni dulu dah kena tapis 5,6 kali atau langsung tak sampai kepada managment, yelah ada jugak boss yang nak jaga periuk nasik dia dan kawan-kawan dia sendiri kan so mesti ada yang disenyapkan camtu je...bila dah ada perjumpaan macam ni ramai la ambik peluang untuk menyuarakan isu-isu diorang. Apa yang aku sangat-sangat tak suka ialah orang-orang top management ni sangat la suka memangkah percakapan orang. Maksudnya belum sempat orang ni nak cakap, diorang dah sibuk mencelah sampaikan buah butir isu tu jadi tak jelas atau tak sam...

Yippiee....

Hahaaha...ini bukan iklan pasal akaun Yippie kat Maybank tu ye....just nak bagitau achik gumbira sebab setelah bertungkus lumus mencuba nak install Microsoft Office 2007, akhirnya hari ni achik berjaya. Sebenarnya bukan achik yang buat sendiri, tapi achik mintak tolong budak praktikal kat opis FST untuk buatkan. Yelah...achik dah naik bengang bila buat self installation tak berjaya, dah lebih sepuluh kali try tapi tak jugak boleh maka achik buat muka kesian suruh budak praktikal tu install kan. Maka dengan rasminya hari ni achik menggunakan Microsoft Office 2007, tengah godek-godek lagi functions yang ada tapi as the first impression, view dia lawo...performance dan lelain achik blom tau. Next time achik story lagi pasal baru nak buat eksperimen itu ini dengan software baru. For the Microsoft Outlook...memang I loike.....

Apahal Ntah???

Aku pun tak tahu laptop aku ada apa hal ntah....dah 3,4 kali aku kena time kat opis. Aku boleh access semua laman web kat intranet company aku tapi nak keluar ke dunia internet tak lepas-lepas. Esok tu aku try balik okay le pulok... Nak kata aku takleh access sebab server Wifi problem pun tak jugak sebab even aku connected via cable pun still the same problem persist. Orang lain okay je boleh masuk internet dari PC diorang. Kalau la kot-kot internet browser aku ni buat hal, apasal pulak esoknya tu aku boleh je masuk internet macam biasa??? Haish...bikin pening kepala achik je. Aku ni bukan la selalu sangat merayau-rayau ke internet tu, just untuk blog hopping je....tapi kalau takleh masuk satu hari nak meroyan le jugak achik jadinya. Macam katak bawah tempurung je....arrrggghhhhh.... Oh my handsome and cute dear hubby....can I get a new lappy??? VAIO perhaps???

Alhamdulillah...rezeki 2010

Tahun lepas aku ada pergi interview untuk kenaikan pangkat kat unit aku....masa tu sebelum bulan puasa lagi. Aku masa tu memang confident habis la yang aku akan dapat post tu.... Punyalah lama aku tunggu result tak keluar-keluar, aku ingatkan dah takde rezeki aku dah....rupa-rupanya minggu lepas aku dapat good news. Ehem....dengan rasminya aku nak umum bahawa aku dapat kenaikan pangkat tu....yahoooo..... Alhamdulillah, pendapatan aku akan berubah ke tangga gaji yang baru bila dah tamat tempoh percubaan selama 3 bulan. Aku tak perlu pindah ke mana-mana pun, masih di opis lama, di meja yang lama (yang berhabuk sana,sini,sinun). Nature of work pun masih sama jugak....kitorang kat sini berkongsi beban kerja yang hampir sama dari level engineer hinggalah level technician so aku takde masalah nak catch up benda baru atau bekerja di bawah kepimpinan yang baru, so....achik happy sesangat. Korang semua, doa-doakanlah kejayaan saya yang tak seberapa ni....di dunia dan akhi...

Sleepy Babies

Hari ni meh kita layan gambar baby yang kiut miut ni tido....sleepy babies....so sweet, kan? Hehehehe....apa motif aku layan gambar baby tido nih??? Sebenarnya aku ni mengantuk sangat kat opis tengahari ni, tadi lunch aku bantai ayam 1/4 Nando's....mmmmm....sodap. Pastu perut kenyang maka mata pun dah jadik panda dan zzzzzz.....macam gambar kat bawah nun... So buat teman-teman, selamat bekerja ye....semoga tak sleepy macam haku nih. Nak kena babap dengan bos gamaknya....

Curi tulang ye....

Tensen kerja hari ni....so sesambil tu aku cari-cari info untuk itinerary ke Kuching tahun depan. Miaow...miaow....bestnya.....teringin nak try makan laksa sarawak dan mee kolok.

Durian Oh Durian

Lama betul aku tak makan durian...last sekali aku makan adalah semasa bulan Julai dulu...itu pun masa Pesta Durian oleh Fibrecomm. Aku pergi dengan beberapa orang member opis, ni first time kitorang dijemput padahal kitorang la yang selalu berurusan dengan NOC Fibrecomm ni...yang tiap-tiap tahun di jemput adalah orang-orang yang tak berkenaan...hangin je dengan diorang duk story pasal Durian Fest ni.... So tahun ni bila kitorang dah di jemput tu aku and the geng pun bantai la dengan bersungguh-sungguh apa yang ada...aku assume ada durian je...tak sangka pulak ada kaum kerabat dia sekalu...ada rambutan, manggis dan jugak duku/langsat. Kenyang betul aku makan durian hari tu...nasib baik aku bantai puas-puas sebab lepas tu sampai la ke hari ni aku belum makan durian lagi...huhuhuhu....tengok gambar tu je dah menitik air liur nih....gaaaa "Papa....mama nak makan durian...."

Ada mamat bodoh piang...gggrrrr

Aku dan beberapa ahli kat opis ni kerja dalam standby....means apabila ada planned job, kitorang akan stay back atau boleh datang anytime yang diperlukan. We have been practise this since October 2009, sebelum tu aku on standby jugak but boleh dipanggil bila ada major breakdown. As my beloved company turned 60 this year, my unit pun nak moving foward la dengan buat structure baru....supaya kerja-kerja kat opis ni lebih well organised. That's why wujudnya team yg akan standby for planned job, we all proses semua planned job untuk unit aku ni. The rest of staff will take care of breakdown and daily operational routine. Yang buat aku hangin today ialah ada sorang mamat ni, dah sibuk-sibuk takde orang nak keje malam Sabtu ni sebab ramai ahli unit kitorg ni from N9 dan Kelantan. Since malam tu ada game yg once in the blue moon for diorg  so pakat-pakat la nak pegi Stadium Bukit Jalil nak tengok bola. Dengan selambanya mamat ni suggest suruh call budak standby untuk cover diorang kej...

Persembahan Raya?

Hish....seumur hidup aku tak pernah terfikir aku akan kena buat persembahan pada majlis jamuan hari raya. Iye....aku memang selalu buat persembahan time skulah dulu tapi persembahan untuk hari raya tak pernah terlintas kat kepala aku ni....tup,tup bila dah kerja ni pulak aku kena... Actually cerita cenggini...jabatan aku nak buat majlis sambutan hari raya tak lama lagi so organizer minta setiap unit kat dalam jabatan kitorg present satu persembahan semasa jamuan tu nanti. Unit aku pun terlibat sama la untuk contribute something. Pening jugak kepala aku fikir apa la yg nak dipersembahkan nanti, setakat nyanyi lagu raya tu mesti dah common kan? So korang ada any ideas??

Ter'shopping" @ The Body Shop

Hari Selasa officemate (Kak Yati) aku tengah blog hopping...satu kali aku terpandang satu blog tu story pasal dia beli Mini Brush Kit dari The Body Shop. Since brush eyeshadow aku pun dah punah/reput dan aku memerlukan brush untuk powder foundation aku so aku pun gedik-gedik ajak officemate aku tu ke The Body Shop. So...off we go, cilok sekejap dari opis...ngulor je kerojenye...hehehehe. Kak Yati yg jadi penunjuk arah...opss...aku tumpang kereta dia jugak sebab hari ni aku hicthin' ride my beloved hubby. Kereta aku tersadai dek mati roadtax dan insurance....weih....time nak raya ni pulak dah sampai ajal ko....mana aku nak korek duit??? Kitorang ke The Body Shop kat Bangsar Shopping Center, teringat pulak aku dengan kes Canny Ong...korang ingat tak? Kat sinilah dia kena kidnap sekali dengan kereta Tiara dia oleh penyelenggara kapal terbang tu...apa ntah nama mamat tu...Najib ke?? Lupa pulak aku....anyway BSC punya parking lot sekarang dah cerah terang dek lampu-lampu yg banyak ter...