Skip to main content

Makan Gaji Buta

Ada seorang jurutera (huish...sebut jawatan tak cover2 dah...hahahaha) yang dah kerja kat sini ada la dalam 3,4 tahun tapi hampeh, tak tahu buat kerja. Senang cerita dia ni makan gaji buta la....

Masa memula masuk dulu aku masih boleh bersabar lagi dengan dia ni...tiap-tiap kali ada breakdown aku yang duduk pecah kepala tolong settle kan. Masa tu aku punyalah baik hati sebab aku assume dia ni cempedak di luar pagar...jadi aku tolong la ajarkan. Tapi bila dah 2,3 tahun dia masih lagi camtu, masih di tahap yang sama...kesabaran aku pun dah hilang. Aku rasa dia ni pemalas sebenarnya, malas nak susahkan kepala otak dia belajar camne cara nak tackle breakdown...malas nak belajar camne cara nak handle NMS dan equipment. Aku pun jadi hangin la...sikit-sikit nak suruh tolong, nak convert report ke dalam bentuk excel pun nak mintak aku tolong...pemalas betul.

Segala yang aku ajar dulu aku nampak la dia ada tulis, kengkonon buat nota "cari makan la" (aku sendiri pun ada nota cari makan...tebal beb) tapi bila time nak buat kerja apasal ko tak rujuk balik nota tu??? Malas la tu....hishhh...aku geram ya amat. Nak login NMS pun tak tau...habis tu yang bertahun-tahun ko kerja ni apa yang ko buat???

Petang ni ada la satu breakdown....so pakcik (siap expose jantina lagi...hehehe) ni kena la pulak turn syift dia, dengan technician yang baru setahun jagung kerja....kena sangat la tu...hehehehe..padan muko. Menggelabah la si jurutera ni camne nak buat. Memula dia datang kat aku nak mintak tolong settle kan....aku cakap la yang aku tak pandai NMS tu....hehehehe...ngelat beb. Lantak ko la nak call sapa pulak lepas ni... Futher more aku dah tak jaga operation dan breakdown lagi...aku sekarang dah buat planning job so kalau aku tak nak tolong pun takde hal...bukan KPI aku....hahahaha...gelak orang jahat (dah tumbuh tanduk nih).

Dia ingat aku ni boleh jadi mencacai dia ke...sorry la beb. Gaji bulan-bulan mau tapi kerja tak mau...gaji jurutera pulak tu....aku ni technician cabuk je.....

Sekian luahan perasaan dari aku terhadap si "Makan Gaji Buta".
Nasib baik ada blog bisu ni...nak jugak dia sudi dengar keluhan aku, kalau dia tak bisu apa la agaknya blog ni kata kat aku....heheehe.....

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...