Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Family

Bonda mama

Ini bondaku...dah berusia 80 tahun dia tahun ini...ye dah tua, tapi alhamdulillah masih sihat dan kuat. Masih boleh berkebun dan menyangkul...gagah kan...? Heheheh Birthday bonda ke 80. Bonda aku ni menjadi rebutan kalau dia datang ke KL...habis anak beranak dan cucu cicit angkut dia ke sana sini hahaha....tempat favorite dia adalah nursery jualan pokok bunga dan Ikea 😄 Oh ya...pada tahun 2019 ini jumlah cucu bonda adalah 27 orang dan cicit seramai 5 orang. Sebahagian dari anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit. Ayahanda dah meninggalkan kami pada tahun 2010...ketika anakku Muhammad Fareez belum pun lahir ke dunia...tak sempat dia dan adik2 mengenali tokwan. Al-fatihah buat ayahanda....rindunya 😭 Ini gambar terbaru aku dgn bonda... Anak bongsu bonda ni dah ada kedut di wajah huhuhu....dah tua jugak, seiring dgn bertambahnya usia bonda...sayang bonda ketat2 😘 Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat bondaku...aaminnn...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...

Kembali menulis

Assalamualaikum...ya aku ingin kembali menulis...merindui zaman2 aku menyusun kata2 buat tatapan pembaca...mencoret kisah2 yang ingin aku jadikan kenangan buat diriku...dan buat tatapan anak2 seandainya suatu hari mereka ketemui blog ini. Tapi seharusnya aku harus meneliti pengisiannya agar tidak terlalu mendedahkan privacy diri... ok...brief introduction setelah bertahun2 menyepi....anak2ku sudah lima kesemuanya...ye lima....hehehe...sesuai benar dgn hashtag #makbanyakanak hahaha. Latest addition yg aku tak pernah coret kisah mereka di blog ini ialah Farihin 3 tahun dan Fathia 10 bulan. Doakan kami sekeluarga sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah ye.... Hari ini kakak Fatini exam PT3 subjek Sains dan Pendidikan Islam, Farzana pulak exam UPKK hari terakhir subject Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah). Semoga mereka dapat menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan....Aamiinnnn...

Manik Oh Manik

Malam semalam sebelum masuk tidur Fatini bagitau aku yg esok cikgu Pendidikan Seni dia suruh bawak manik ke sekolah. Alahai kakak...apasal la awal sgt yg ko bagitahu mama nak kena bawak manik essok pagi...? Aku ni terus la tak boleh nak lena, berfikir macam mana nak dapatkan manik untuk dia. Pusing2 kat dalam rumah akhirnya aku dapat idea ni... Aku ambik dari bunga telur dan tetas dari blouse aku...huhuhu p/s kisah tahun bila la ni...draft outdated yg aku baru publish....ayoyoyo...mode:tepuk dahi

Kesian Muhammad Demam

Dah tiga hari Muhammad demam, suhu yg agak tinggi pulak tu...kesiannya dia tak bermaya sebab dia hilang selera makan sekali, hanya minum susu ibu je. Makanan lain memang tak nak dijamahnya walaupun aku bagi favourite dia...aiskrim. Petang khamis tu taska dia telefon bagitahu yg suhu badan Muhammad dah 38 darjah celcius (terpaksa tulis penuh sebab carik simbolnya tak jumpa..;-p). Aku tgh ada briefing masa tu, terus bergegas pegi ambil dia dan bawa ke klinik. Memang panas sgt sampai berbahang rasa bila aku dukung Muhammad. Nasib baik taska cepat2 mandikan dia untuk turunkan suhu badan...takut juga kalau2 dia kena kancing gigi. Sampai klinik doktor pun cakap mmg suhu badan dia tinggi sgt dan dia suruh aku bagi ubat demam 4 jam sekali. Malam tu semasa tido pun suhu dia naik mendadak sampai dua kali aku bangun bagi ubat dan basahkan kepala dan badan dia. Malam semalam pun sama jugak, aku basahkan kepala dia sebab dah panas sgt aku rasa... Kesian anak bujang mama. Harap2 Muhammad segera ...

Do obey your parents because they are your parents

Malam semalam aku sangat marah dengan Fatini...marah kerana kedegilannya. Semasa masuk tidur, aku dengar Fatini batuk...batuk yang agak berat, sampai aku sebagai seorang ibu tak boleh nak tidur lena sebab risaukan dia. Aku pun bangun dan turun ke dapur di bawah, ambilkan ubat batuk lalu naik ke atas untuk bagi dia makan. Mengetahui yang Fatini ni sangatlah susahnya makan ubat jadi aku pakai syringe untuk mengelakkan dari tumpah. Masa ni la start nya aku naik angin, dia langsung tak nak buka mulut untuk makan ubat tu. Dah macam-macam ayat aku bagi termasuk ugut dia suruh tidur kat luar rumah, kononnya bunyi batuk dia tu amat mengganggu orang lain nak tidur tapi hampeh...semuanya tak jalan.  Aku hilang sabar lalu aku heret tangan dia...nak bawak keluar rumah la kononnya tu tapi dia masih berdegil, tak mau buka mulut langsung untuk aku suapkan ubat tu. Suruh makan sendiri lagi la tak mahunya... Akhirnya papa dia bangun dari tidur dan marah aku dengan Fatini yang buat kecoh t...

Baju Melayu Muhammad 2011

Tahun ni first time kitorg beli baju melayu untuk anak. Yelah, dua anak yg sebelum ni adalah tuan puteri so mana ada nak beli baju melayu. Tahun lepas Muhammad baru berumur 4 bulan semasa sambut Aidilfitri so baju melayu haruslah takde saiz yg sesuai dengan dia. Baju melayu warna merah ni kitorang beli di Wisma Nordin Batik, Kota Bharu Kelantan. n

My New Toy / Gadget

Samsung Galaxy Tab 10.1 Present from En.Hubby...yeay....!!! Suscribe to Celcom Broadband package so the price will become RM1500++.

Outdated Post: Birthday Nur Farzana & Muhammad 2011

Sambutan di buat pada 21 Mei 2011 sempena hari ulang tahun Farzana pada 29 Mei dan Muhammad pada 4 Jun serta 2 lagi sepupu diorang, Nor Syuhada dan Syifa Nadia. Ini kira save budget la...sekali harung buat untuk 4 orang. The cake yang tak semenggah....hahahah.... The birthday girl... And the birthday boy...with another birthday girl. Ada acara makan-makan termasuklah bakar-membakar yang terlebih masin. Hangin je dengan Tesco...lebih letak garam kot kat dalam marinate tu sampai tak boleh makan langsung. Last-last basuh dulu bahan mentah tu pastu baru bakar.

Our New Home Sweet Home

In Shah Alam.... Tak sabar nak pindah rumah baru...hihihih

Hari Sukan Datang Lagi...

Macam biasa...Fatini dengan acara lariannya. kalau dulu di tadika, tapi sekarang di sekolah kebangsaan. Acara yang dia sertai :- 1) Larian 40 meter individu 2) Larian 4x50 meter 3) Larian 4x100 meter Harap-harap dia akan buat yang terbaik dan berjaya...good luck.

Terasa Kosong..

Amaran: Post ini adalah luahan hati blues seorang wanita. Sila jangan muntah hijau di karpet opis ye.  Minggu ini seperti biasa En.Hubby kerja outstation lagi. Bukannya aku tak biasa, memang dah selalu aku ditinggalkan sejak perkahwinan kami 8 tahun yang lepas. Tapi entah kenapa pagi ini hidup aku terasa kosong, sunyi dan seolah-olah aku hilang pedoman. Ditengah-tengah hiruk-pikuk anak-anak menangis dan bertelagah sesama sendiri, fikiran aku pula menerawang entah ke mana. Semalam aku telah meluahkan rasa lelahku kerana terlalu kerap ditinggalkan pada si dia. Sesungguhnya aku dah jemu menghadapi rutin hidup sebegini dengan ketiadaan En.Hubby di sisi. Aku sangat letih hingga hampir sahaja aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji sehingga Muhammad berumur setahun. Silap-silap ku sambung lagi sehingga dia berumur dua tahun pula. Dengan mengambil cuti tanpa gaji maka bolehlah aku meluangkan masa yang lebih buat membimbing pembelajaran Fatini, dapat juga aku me...

Hari Sukan Bakal Tiba

Tak lama lagi SKBB akan mengadakan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2011. Sekarang ni murid-murid tahun 1 sedang disaring untuk memilih peserta yang bakal mewakili rumah sukan masing-masing. Kakak Fatini pun tidak terkecuali...bermula dari hari Selasa hingga Jumaat minggu lepas, setiap pagi akan diadakan saringan mengikut jenis sukan dari jam 8.00 hingga 9.40 pagi. Acara sukan yang di adakan pemilihan tersebut adalah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan larian. Maka berpakaian sukanlah kakak dari rumah setiap hari, rumah sukannya adalah rumah hijau. Acara pertama yang diadakan pemilihan ialah lompat tinggi. Semasa mula-mula membaca surat pemberitahuan mengenai pemilihan tu, Fatini banyak bertanya tentang apakah itu sukan lompat tinggi, lontar peluru dan lompat jauh. Aku pun berjanji akan mencari video-video di internet tentang sukan tersebut malangnya aku terlupa. Maka pada hari Selasa tu kakak Fatini pun melompat tinggi mengikut caranya sendiri....hehehhe. "Palang jatuh...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Selamat Tinggal Hello Kitty....

Semalam semasa pergi shopping groceries di Giant Stadium Shah Alam, aku dan hubby bawa anak-anak main slide yang disediakan kat situ. So ada la mamat jual belon kat tepi slide tu....si Farzana pun merengek la kat En. Hubby nak belon. Selalunya aku dan hubby memang jarang belikan benda-benda cenggini untuk anak-anak sebab nak ajar diorang supaya tidak membazir duit. Yelah, dah tahu benda tu confirm tak tahan lama punya pastu harga mahal pulak...RM5 sebiji, kalau nak beli kena la dua biji sebab mesti Fatini dengki kalau cuma Farzana sorang je yang dapat. Maklumlah benda tu dah lama menjadi pojaan hati tapi tak pernahnya aku hiraukan permintaan diorang. Macam-macam alasan dan rasuah yang aku bagi supaya niat diorang nak dapatkan belon tu dilupakan. Tapi entah camne semalam mood En.Hubby adalah baik, setelah Farzana merengek berkali-kali maka dia pun belilah sorang satu yang ada gambar Hello Kitty. Tersenyum lebarlah dedua kanak-kanak disamping warning keras diterima dari aku dan hubby...

Aku MC due to Blocked Milk Dutc

Aku sekarang tengah MC dua hari sebab...tetiba aku rasa sejuk ya amat sangat masa kat opis, pastu on the way balik rumah aku kena sakit kepala yang ala-ala migrain tu sampai kena makan pain killer baru sakit tu hilang. Nasib baik pada hari kejadian En.Hubby baru sampai ke KL dari outstation maka ada orang nak tolong drive kan kereta balik ke rumah. Kalaulah time tu aku sensorang dan dengan nak kena handle anak-anak sendiri maka maunya aku drive kereta pegi ER kat hospital terdekat. Oh ya, dalam masa aku rasa sejuk sampai gigil-gigil tu, breast aku sebelah kiri rasa sangat sakit macam ada jarum kat dalam. Yang peliknya walaupun aku rasa sejuk gigil tapi temperature badan aku tak la panas pun macam kebiasaan org demam. Esoknya aku pegi klinik dan doktor pun check aku...jeng,jeng,jeng...rupa-rupanya aku kena Blocked Milk Dutc yang dah ada infection...huhuhu. Baru aku teringat sebelum aku kena serangan sejuk tu aku baru lepas pam susu tapi breast aku still rasa tak kosong walau pun a...

Tragedi Simbah Asid di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar - Sambungan

Another related news article on the "Acidman" incident. KUALA LUMPUR: The alert level against the lone motorcyclist who attacked at least 13 people with an unknown liquid was raised after it was learnt that he could have used acid on his latest victim. The victim, SMK Bukit Bandaraya teacher Norhayati Sarafudin, suffered serious burns to her face and was still warded at the Kuala Lumpur Hospital after the attack on Thursday. Her condition was listed as stable, but her injuries showed that she may have been attacked with a substance that was more potent the one used against the assailant's other victims. In the previous attacks, the victims received outpatient treatment after suffering burning sensations on their skin, but Norhayati's injuries were more serious. The victim's husband , who declined to be identified, said even Norhayati's clothes and headscarf were burnt by the liquid. "The interior of her car was also damaged, including the elec...

Tragedi Simbah Asid di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar

KUALA LUMPUR: Eight schoolchildren were left screaming in pain after being splashed with a liquid by a motorcyclist yesterday here in Bukit Bandaraya. The eight were pupils of Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya in Bangsar. They were waiting for their transport outside school when the attack took place. The children, all in Year Five and Six, suffered burn sensations on their faces, arms and bodies. They were taken to the University Malaya Medical Centre where they received outpatient treatment. According to teacher R. Ragu, the incident occurred at 4.45pm when the eight, four boys and four girls, were waiting outside the school for their van. "A motorcyclist clad in black and wearing a full-faced helmet rode past the schoolchildren and suddenly splashed some liquid on them," he said at the hospital. "I only realised what had happened when I heard several of them screaming and crying in the toilet." The van driver, Faridah Md Rahim, who rushed the chi...

Gambar panas staff Toys 'R' Us

Minah ni seksi betul, pakai ala-ala bikini je kat store Toys 'R' Us tu...siap lepak atas lantai store lagi...ish,ish,ish... Tak tau lah nak kata apa anak bangsa kita sekarang....hangpa semua tengok la sendiri....[mode: geleng kepala] Ampun ye...aku baru teringat nak upload gambar Farzana zaman jepun nih. Dah hilang story sebenar so aku hentam je tittle kasik panas sikit...hihihii. Gambar ni aku hambik masa kitorang shopping kat Toys 'R' Us Bangsar Village tahun 2009....huhuhuhu

Missing me..???

Geram nengok budak masyam ni, rasa nak gomol je....dah 9 bulan dah sekarang tapi belum pandai merangkak lagi, berat bontot kata atok. Rupa-rupanya budak ni lactose intolerence dan alergic gluten....aiseh...takleh mamam nestum la camtu. Kena la mama dia pelbagaikan perasa bubur nasi Muhammad, kalau tidak nanti dia boring asyik dengan rasa ayam, ikan dgn daging je... Rindu kat anak je ke??? Rindu la kat mama dia sekali...hihihihi