Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Coret-coret

Kasi muntah sikit...

Latest update 21/06/2011 - The tumor turn out to be a 3rd stage cancer. So he will start a 6 cycles of chemo very soon. Member aku  kat opis ni baru lepas operation membuang tumor/ketumbuhan kat dalam abdomen. Inilah rupa tumor tu...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

My Wish List - Books

This is my wish list for several books that I've been droolings over...  Here they are... 1) A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad 2) Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya 3) Nature Photography: Insider Secrets from the World's Top Digital Photography Professionals Nanti aku sambung...ada lagi ni....

BEWARE: Spam email from HASIL!!!

Salam, Korang pernah tak dapat spam email kengkonon dari Maybank2U??? Hati-hati ye sebab sekarang ni dah ada pulak perangkap baru iaitu spam email yang kengkononnya datang dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Alamat email sender tu ala-ala macam dari unit refund, nak bagi balik duit tax yang kita terlebih bayar. Memang la syiok kalau dapat duit kan tapi apasal pulak nak kena klik ke link lain untuk tengok message tu??? Something fishy kat situ kan??? Cuba tengok email di bawah ni...perhatikan link yang aku bulatkan dengan warna merah tu. Kalau korang klik "Click Here" maka PC korang akan auto connect ke demon-gw.portersecurity.co.uk which is aku pun tak berani nak klik. Takut kalau-kalau dia hantar virus atau execute program yang akan curi information dari PC kita. Please don't....better safe than sorry ye.... Even LHDN sendiri dan keluarkan amaran mengenai spam email ni. Sila baca lebih lanjut di : http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=6&skum=1&po...

Naik ETS...yeay...

Jumaat 11 Mac 2011 yang lepas aku dan anak-anak, Fatini, Farzana dan Muhammad dapat merasai pengalaman menaiki train ETS (Electronic Train Services). Kitorang naik dari KL Sentral ke Ipoh. Sempena cuti sekolah selama seminggu dan berkebetulan pulak En.Suami sedang bekerja di utara tanahair maka aku pun angkut anak beranak balik ke kampung bonda. Train tu memang laju dan selesa, maknanya dah takde tergoyang ke kiri ke kanan macam train yang biasa mahu pun LRT. Sewaktu nak berhenti pun kita tak terasa kesan breknya, smooth je... Speed paling laju yang terpapar  kat tepi skrin TV tu adalah 146km/jam, boleh tahan you untuk sebuah train..kalau kereta tu kira ala-ala KL drift la ni. Jalan/treknya pun boleh dikatakan 90-80% adalah lurus tapi jangan pakai kata-kata aku ni sebagai fakta pulak sebab aku naik train tu waktu malam. Adalah tak nampak hape pun kat luar so aku agak-agak je berdasarkan perjalanan aku malam tu. Nak ambik gambar pun tak dapat sebab malam gulap gulit...

Tragedi Simbah Asid di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar - Sambungan

Another related news article on the "Acidman" incident. KUALA LUMPUR: The alert level against the lone motorcyclist who attacked at least 13 people with an unknown liquid was raised after it was learnt that he could have used acid on his latest victim. The victim, SMK Bukit Bandaraya teacher Norhayati Sarafudin, suffered serious burns to her face and was still warded at the Kuala Lumpur Hospital after the attack on Thursday. Her condition was listed as stable, but her injuries showed that she may have been attacked with a substance that was more potent the one used against the assailant's other victims. In the previous attacks, the victims received outpatient treatment after suffering burning sensations on their skin, but Norhayati's injuries were more serious. The victim's husband , who declined to be identified, said even Norhayati's clothes and headscarf were burnt by the liquid. "The interior of her car was also damaged, including the elec...

Tragedi Simbah Asid di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar

KUALA LUMPUR: Eight schoolchildren were left screaming in pain after being splashed with a liquid by a motorcyclist yesterday here in Bukit Bandaraya. The eight were pupils of Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya in Bangsar. They were waiting for their transport outside school when the attack took place. The children, all in Year Five and Six, suffered burn sensations on their faces, arms and bodies. They were taken to the University Malaya Medical Centre where they received outpatient treatment. According to teacher R. Ragu, the incident occurred at 4.45pm when the eight, four boys and four girls, were waiting outside the school for their van. "A motorcyclist clad in black and wearing a full-faced helmet rode past the schoolchildren and suddenly splashed some liquid on them," he said at the hospital. "I only realised what had happened when I heard several of them screaming and crying in the toilet." The van driver, Faridah Md Rahim, who rushed the chi...

Cer Teka???

Salam dan salam sejahtera, Stampad dan cop di sahkan benar telah akak jumpa. Harap maklum Cer korang agak, apa maksud ayat ni...?   p/s: Selingan di waktu senggang. Kalau bebudak opis tau aku post kat sini----> "KAK TAK TAU LAAA....."

Info: Diet gila orang Melayu – kearah diabetes

Artikel ni daku copy paste dari email...tiada perubahan hatta satu huruf sekali pun...harap dapat memberi manfaat buat kita.... Diet gila orang Melayu – kearah diabetes Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya. Semalam saya diberi kesempatan untuk menemui seorang wanita yang saya namakan sebagai Minah (bukan nama sebenar). Saya baru sahaja mengetahui Minah ini menghidap penyakit diabetes yang serius dari seorang rakan saya. Minah kini mengalami luka dikaki yang serius yang sukar sembuh walau pun sudah menjangkau lebih dari sebulan diubati. Begitulah pesakit diabetes, kalau luka sikit sukar sembuh dan boleh mengakibatkan kaki di potong. Beberapa minggu yang lalu saya sempat memberitahu kepada Minah agar datang ke rumah saya untuk berbincang tentang masalah diabetesnya. Namun begitulah apabila Allah SWT tidak mahu memberikan rahmat kepada seseorang, pesanan yang baik bakal diabaikan begitu sahaja kerana sesungguhnya saya tidak mampu mem...

WQ PARK Rehabilitation Centre

Post ini khas buat Puan Juzer/Nieza dan sesiapa yang nak tahu mengenainya...sharing is caring kan... Asu tak pernah pegi tapi asu ada attend consultation session by diorang kat opis asu dulu...very friendly. Memang rasa macam nak pegi tapi penyakit bertangguh ni lagi kuat berbanding penyakit sakit belakang ni maka...tunggulah dulu ye...hehehehe Location We are located in Kelana jaya, easily accessible from the Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP Highway) Address Centre: WQ Park Health & Rehabilitation Centre Lot 2D, Jalan SS5D/6 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Tel : +6 03 7804 4171 / 8171 Fax: +6 03 7805 2171 http://www.wqpark.com.my/ info@wqpark.com.my

Ingin Memiliki Rumah Dan Tinggal Dengan PERCUMA???

PERCUMA???? Semua orang sangat suka dengan perkataan ini, bila disebut aja percuma pasti akan mengukir senyuman. Siapa yang tak mahu sesuatu yang percuma? Kalau menolak tawaran yang di beri percuma seolah-olah menolak tuah lagaknya. Haaa....kalau bab-bab makan percuma tu aku tak dapat la nak menolong tapi kalau bab nak beli rumah pastu nak tinggal di rumah tu secara percuma, aku ada panduannya. Korang nak tak??? Okey, ceritanya begini....seorang sahabat aku telah menulis sebuah buku tentang panduan untuk membeli rumah pertama. Buku tersebut menceritakan tentang proses-proses dari memilih rumah jenis apa yang patut di beli, rumah di kawasan mana yang sesuai dimiliki mahu pun kawasan yang sewajarnya dielakkan. Turut disertakan panduan memohon pinjaman perumahan, penerangan ringkas mengenai skim-skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank serta serba sedikit mengenai BLR. Bagi yang berminat untuk membeli rumah lelong pun ada digarapkan panduan mengenainya oleh penulis. Pendek...

Mematikan Telefon Bimbit Ketika Solat

Panduan ini adalah buat pengetahuan kita semua. Dibolehkan dalam syarak untuk mematikan telefon bimbit yang berbunyi ketika sedang bersolat.

Menghilangkan Kesan Lebam di Peha dan Lengan

Dalam post terdahulu aku ada ceritakan cara untuk mengelakkan dari kesan lebam-lebam di peha dan lengan yang disebabkan oleh gangguan jin. Untuk membaca post berkenaan, sila klik di sini . Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah. Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan gigitan gigi. Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu. ...

Lebam-lebam di lengan dan peha?

Salam semua, Mesti korang pernah dengar, lihat atau alami sendiri kejadian lebam-lebam sama ada di lengan atau di peha. Elok-elok je tido malam ni, esok pagi bangun tengok dah ada "love bite" yang tak tahu datang dari mana. Haa....ada kan? Ada kan? Okey, tengahari tadi sewaktu rehat hari Jumaat, aku pun dengar la koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Dalam ceramah dia tu ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari gangguan jin. Kalau lebam akibat terhantuk bucu meja tu lain kes, cara-cara ni tak terpakai ye. Ustaz Kazim nyatakan empat cara iaitu: 1) Jangan mandi sewaktu Maghrib 2) Jangan mandi berbogel, jin pun suka skodeng kata ustaz tu. 3) Jangan makan di atas tempat tido, sisa-sisa makanan tu akan dipungut oleh jin. 4) Bersihkan seluruh mulut (seeloknya bersugi) sebelum tido. InsyaAllah, masalah lebam-lebam tersebut akan dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan kaedah di atas. Kepada se...

Phew...

Holiday season has ended...now it's time to dusting my blogger home as well as my home sweet home... Wait for me ya....

Azabnya....

1.Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya. 2.Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat. 3.Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli. 4.Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa. 5.Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu. 6.Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi. 7.Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina. 1.Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwar...

Cicak

Gambar cicak ni aku ambil semasa dia tengah menikmati coklat M&M yang anak aku jatuhkan kat bawah kabinet TV.  Aku zoom dari jauh je sebab tak dapat nak pegi lebih dekat, cicak tu dah lari bila ternampak aku pegi rapat. Korang nampak tak lidah dia menjilat coklat tu???

Do you save or spend money during sales?

Duk sesaja ni aku teringat kat billboard yang pernah aku nampak kat jalan. "Do you save or spend money during sales?" Camtu la lebih kurang ayat dia, exact word aku tak ingat. Iklan ni kalau tak silap by News Strait Times. Bila nengokkan ayat ni....apa korang punya pendapat? Bagi aku la kan, kita sebenarnya lebih banyak spend dari save bila shopping time sales ni. Yelah, maybe barang yang kita betul-betul nak dan aimed nak beli time ada sales tu cuma satu,dua je tapi bila dah sampai time, kita usung satu troli penuh barang. Camne tu?? Ada pulak barang yang kita terbeli tu langsung tak berguna untuk kita, tapi kita beli jugak sebab ada less 70%. Itu belum kira dengan buy 1 free 1, dapat free gift bila beli sesuatu barang dan macam-macam lagi promotion time tu. Silap-silap kalau iman tak kuat, mau terberanak lagi sebuah troli. Bukan pompuan je yang rambang mata time sales ni, lelaki pun sama jugak. Tak caya?? Ini kisah En.Hubby aku la, masa aku berpantang si Farzana...

Dr. Delaila

As promised ini dia gambar Dr.Delaila, was not taken by me tapi aku cilok kat website Sime Darby...hehehehe. Takde chance la nak snap gambar dia, tangan achik ni penuh je memanjang dengan dukung baby la, pegang beg la. So gambar cilok pun kira aci la kan... She was born on 10th February 1954...hohoho...sebelum merdeka tu. So umur dia tahun ni adalah 56 tahun but I bet korang semua mesti kata muka dia tak macam 50-an kan??? Her father was a malay man from Muar and got married with a Japannese girl. Now you know where the good radiant looking face came from...SKII kot...hihihihih....

Fatini dan Dyslexia

Hari tu masa aku pegi postnatal checkup kat SDMC, aku ada baca health magazine sementara tunggu turn nak jumpa doktor tu. Salah satu artikel yang aku baca kat dalam tu adalah berkenaan dyslexia (read as: dis-lek-si-uh). Ia sangat menarik hati aku untuk mencari maklumat lebih lanjut pasal dyslexia ni sebab aku rasa Fatini menghadapi masalah ini sekarang. So...apa itu dyslexia??? Aku cerita seara general ajelah ye...berdasarkan pembacaan aku. Kalau korang nak tahu dari segi medical, kena refer ke peadtrician atau psychologist. Dyslexia ni adalah ketidakbolehan atau senang cakap slow learner di peringkat kanak-kanak untuk membaca, mengenal huruf, menggabungkan huruf dan proses sebagainya. Cara yang paling mudah nak kenal kanak-kanak dyslexia ni adalah besar kemungkinan dia akan menulis huruf atau nombor secara terbalik. Contohnya huruf b akan ditulis sebagai d . Ada jugak yang akan tulis perkataan secara terbalik, contohnya WAS akan menjadi SAW . Mereka ini akan sangat lambat atau...