Skip to main content

Selamat Tinggal Hello Kitty....

Semalam semasa pergi shopping groceries di Giant Stadium Shah Alam, aku dan hubby bawa anak-anak main slide yang disediakan kat situ. So ada la mamat jual belon kat tepi slide tu....si Farzana pun merengek la kat En. Hubby nak belon.

Selalunya aku dan hubby memang jarang belikan benda-benda cenggini untuk anak-anak sebab nak ajar diorang supaya tidak membazir duit. Yelah, dah tahu benda tu confirm tak tahan lama punya pastu harga mahal pulak...RM5 sebiji, kalau nak beli kena la dua biji sebab mesti Fatini dengki kalau cuma Farzana sorang je yang dapat. Maklumlah benda tu dah lama menjadi pojaan hati tapi tak pernahnya aku hiraukan permintaan diorang.

Macam-macam alasan dan rasuah yang aku bagi supaya niat diorang nak dapatkan belon tu dilupakan. Tapi entah camne semalam mood En.Hubby adalah baik, setelah Farzana merengek berkali-kali maka dia pun belilah sorang satu yang ada gambar Hello Kitty. Tersenyum lebarlah dedua kanak-kanak disamping warning keras diterima dari aku dan hubby supaya mereka menjaga belon masing-masing dengan cermat. Bila digoyang-goyang kan belon tu ada la pulak bunyi loceng kat dalam tu maka semakin happy la mereka....

Si Farzana tidaklah berenggang dengan si Hello Kitty sampai nak naik tido pun di bawaknya sekali ke dalam bilik.

Bangun pagi-pagi maka benda pertama yang di cari juga adalah Hello Kitty itu juga tapi dia sedih kerana belon tu agak lembik, ada kebocoran halus berlaku. Maka datanglah Super MAMA to save the day, mencari di manakah bocornya dan menampalkannya dengan menggunakan loytape. Oh ya...belon ni bukan yang dibuat dari latex tu ye...ini jenis yang plastik maka bolehlah loytape itu membantu. 

Semasa keluar makan tengahari tadi pun nak di bawanya si Hello Kitty ke kedai makan tetapi di halang En.Hubby kerana bimbang akan rosak ketika di sana.

Petang tadi sepupu yang sebaya umur dengan Fatini datang bertandang untuk bermain bersama-sama. Mereka adalah berjiran, hanya tinggal berhadapan dengan rumah kitorang je. Terjadilah kejadian tragis apabila En.Hubby mendapati Hello Kitty telah terkoyak seperti disiat dengan sengaja. Apabila di soal siasat dengan nada yang agak keras barulah si tertuduh mengaku melakukan perbuatan tersebut. Sepupu Fatini tersebut telah dengan sengaja mengoyakkan belon tersebut kerana ingin melihat benda apakah yang berbunyi di dalam belon tu....loceng kecil tu lah, yang berkerincing setiap kali belon tersebut digoyang-goyangkan.

Aduh...aku adalah mahu sahaja naik angin dengannya kerana sangat kecewa....

Mahu taknya, ketika kami sangat bertegas mendidik anak-anak untuk menjaga dengan cermat dan menghargai permainan sendiri tiba-tiba ada satu pihak lain yang datang dan terus merosakkannya DENGAN SENGAJA!! Aku adalah speechless pada mulanya sambil dalam kepala mengarang-ngarang ayat apa yang sesuai untuk ku hamburkan pada mereka semua termasuk anak aku sekali.

Maka....petang tadi dapatlah mereka semua kuliah Ahad percuma yang menyakitkan telinga.

Atas alasan itulah aku selalunya sembunyikan apa-apa permainan yang fragile di mata aku ketika menerima kunjungan dari sesiapa yang mempunyai kanak-kanak. Bukannya aku kedekut tetapi aku tak nak anak aku tersalah asuhan dan tanggapan kerana kita selalu membiarkan tanpa memarahi kanak-kanak lain tersebut sekiranya mereka merosakkan permainan itu. Dah anak orang kan...takkan kita nak bebel dan pukul macam anak kita pulak ye tak???

Si sepupu dah pulang ke rumah tetapi masih meninggalkan kesan yang berbekas di hati....

Sesungguhnya aku masih lagi kecewa...kalau korang, macam mana???

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...