Skip to main content

Alhamdulillah...rezeki 2010

Tahun lepas aku ada pergi interview untuk kenaikan pangkat kat unit aku....masa tu sebelum bulan puasa lagi. Aku masa tu memang confident habis la yang aku akan dapat post tu....

Punyalah lama aku tunggu result tak keluar-keluar, aku ingatkan dah takde rezeki aku dah....rupa-rupanya minggu lepas aku dapat good news.

Ehem....dengan rasminya aku nak umum bahawa aku dapat kenaikan pangkat tu....yahoooo.....
Alhamdulillah, pendapatan aku akan berubah ke tangga gaji yang baru bila dah tamat tempoh percubaan selama 3 bulan.

Aku tak perlu pindah ke mana-mana pun, masih di opis lama, di meja yang lama (yang berhabuk sana,sini,sinun). Nature of work pun masih sama jugak....kitorang kat sini berkongsi beban kerja yang hampir sama dari level engineer hinggalah level technician so aku takde masalah nak catch up benda baru atau bekerja di bawah kepimpinan yang baru, so....achik happy sesangat.

Korang semua, doa-doakanlah kejayaan saya yang tak seberapa ni....di dunia dan akhirat insyaAllah.

Owh, btw aku dah khatam novel "Jaja&Din" minggu lepas, frankly speaking aku lebih jatuh hati dengan "Surat Ungu Untuk Nuha". Sekarang tengah study "Andai Itu Takdirnya"....cerita sedih ni....huhuhu....

Comments

Ina Hashim said…
congrats asu...rezeki baby tuh...bila due eh?
Ira said…
congrats gak.. ^^
wahhh.. gred apakah ini?? E14 kah??
Asu Bahiyah said…
Kak Ina...thanks ye kak, EDD by scan adalah end of June. Kalau based on last period....dah bersalin agaknya...hehehehe...jadi BF mother camtu lah...period tak regular....
Asu Bahiyah said…
Huish....hang ni...aku kerani cabuk saja la...jauh lagi nak sampai E14 tu....anyway thanks a lot for the wish

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...