Skip to main content

Bestnya cuti...

Lama kan aku tak update blog??? Sebenarnya last week aku cuti, balik ke kampung halaman aku di Kedah...best tau....tapi plan asal nak mandi sungai pun tak jadi sebab cuaca yang amat panas, nak keluar umah pun tak lalu beb....

Apa yang aku buat sepanjang bercuti tu??? Hanya layan anak-anak dan main PC games....nak upate blog pun tak dapat sebab wifi kat lappy aku ni buat hal....takleh nak connected. Nak pakai wired malas la pulak sebab location router tu agak tak selesa untuk lepak lama-lama, nak-nak dalam cuaca yang panas ni lagi la kan. Lastly aku main je game bodoh-bodoh yang ada kat hard disk aku tu kat depan kipas angin...plus dengan kipas siling yang ligat berputar.....aiseyman....sangat la membahangnya cuaca di sini-sana. Aku hanya keluar jenjalan, makan dan shopping pada waktu malam je....

Dengar kata di Cameron Highland pun dah tak sejuk di siang hari....di Genting Highland pun serupa jugak. Tapi aku masih bersyukur kerana setakat hari ni belum ada lagi rakyat Malaysia di sini yang mati dek cuaca panas ni....lagi kesian kat penduduk Afrika yang udah le cuaca panas terik, makanan dan minuman pun takde...lagi la sadis...huhuhu....

Walau bagaimana pun peluang dapat bercuti time orang lain bekerja adalah amat indah sekali.....tak sabar nak tunggu cuti bersalin nanti, 2 bulan tu....harap-harap dapat la kelulusan cuti 90 hari macam NUBE mintak tu.....bestnya cuti....

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...