Skip to main content

Please...start listening....

Hari Selasa lepas unit aku ada perjumpaan dengan top management department aku. Kengkononnya nak face-to-face berbincang pasal apa-apa je isu yang kitorag nak cakapkan. Ini second time la big boss aku ni turun ke unit aku untuk buat perbincangan ni.

As for me, memang program macam ni bagus sebab administration  dan management akan jadi lebih telus, segala isu-isu dapat disampaikan terus kepada pihak top management . Aku budget maybe ada banyak isu-isu ni dulu dah kena tapis 5,6 kali atau langsung tak sampai kepada managment, yelah ada jugak boss yang nak jaga periuk nasik dia dan kawan-kawan dia sendiri kan so mesti ada yang disenyapkan camtu je...bila dah ada perjumpaan macam ni ramai la ambik peluang untuk menyuarakan isu-isu diorang.

Apa yang aku sangat-sangat tak suka ialah orang-orang top management ni sangat la suka memangkah percakapan orang. Maksudnya belum sempat orang ni nak cakap, diorang dah sibuk mencelah sampaikan buah butir isu tu jadi tak jelas atau tak sampai pun maksudnya. Haish diorang ni...kata nak dengar isu, komen dan pendapat orang bawahan tapi peluang untuk bercakap tak pulak di beri. Aku pun hangin jugak sebab aku pun kena pangkah....baru cakap satu dua ayat terus je diorag menyampuk bla bla bla entah ke mana sampai isu yang aku cuba cakap tu tak dapat pun aku sampaikan. Memang 90% isu yang cuba di arise kat dalam meeting tu tak dapat pun disampaikan. Semua orang tak puas hati....dah dua kali perjumpaan, dua kali la sikap diorang macam tu. Lebih baik la takyah nak diadakan perjumpaan langsung....buang masa kitorang je.

Aku rasa memang diorang ni dah di trained untuk jadik camtu...supaya orang bawahan tak dapat nak complaint management diorang. Asyik kena dengar dan ikut je apa yang diorang cakapkan. Tak letih-letih bercakap ke???

To my top management, if you read this (manalah tahu kot-kot ada terbaca) please.....stop talking and start listening. Jangan dok kempen sini-sana, round satu Malaysia konon-konon nak dengar dari top-to-toe masalah dan isu pekerja tapi korang yang tak henti-henti bercakap. Please respect others when they are pointing their views and opinions.

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...