Skip to main content

Medela Pump In Style Advance (PISA) to let go-Sold

Harap Maaf, Medela PISA saya telah disunting orang. Terima kasih kerana berminat.

Salam semua,


Buat pengetahuan korang, aku berhajat untuk meng 'let go' Medela PISA aku. PISA ni aku beli dari Pengedar Sah Medela Malaysia iaitu Lacta Equip di Ampang dengan harga RM1880. Aku nak let go pada harga RM900 (nego). Aku beli PISA ni pada June 2008 dan menggunakannya untuk mengepam susu ketika berada di office. Aku menggunakannya sehinggalah aku berhenti mengepam susu pada November 2009. Selepas berhenti mengepam, aku lap bersih-bersih dan simpan dengan cermat. Condition pam ini adalah mint (like new) sebab aku memang jaga dengan cermat, tak pernah jatuh atau dented sekali pun. Suction nya pun masi sihat walafiat, tak perlu nak hantar servis bagai....

Sepanjang pam ni berkhidmat dengan aku, tak pernah aku hadapi apa-apa masalah sama ada dari segi suction, susu masuk tubing dan sebagainya. Memang pam ni superb dan excelent....suction nya sangat selesa dan ia ada 2 phase expression yang memudahkan aku untuk dapat let down. PISA ni sangat berjasa kepada aku dan anakku Farzana.

PISA ni aku akan let go sekali dengan backpack, cooler kit (cooler bag dan chiller block), 2 pcs soft fit breastshield baru serta 2 pcs connector baru. Botol susu medela tu aku tak bagi la sebab dan guna, aku akan gantikan dengan 4 botol susu Bumble Bee yang baru. Terlibat di dalam pakej adalah 2 pcs tapak botol dan satu pam Medela yang jenis manual. Apa yang ada kat dalam gambar di bawah, itulah yang akan korang dapat kecuali botol susu tu aku bagi brand lain la....gambar budak tu no included ye...hehehehe



Tujuan aku nak let go PISA ni sebab aku dah berangan nak beli Medela FreeStyle untuk cater aktiviti mengepam aku bila dapat baby baru end of June ni...dah lama mengidamkan si FS ni....so nak tak nak kena la let go pam lama.

Sesiapa yang berminat atau ada kawan-kawan korang yang berminat, silalah contact aku di samadikaca@yahoo.com atau tinggalkan comment korang kat blog ni ye...

Nanti aku snap gambar actuall dan paste kat sini....

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...