Skip to main content

Ahlan Wa Sahlan 2010

Sekarang dah pun bulan November, tak lama lagi tahun 2009 bakal meninggalkan kita. Masuk je tahun baru semua org pun sibuklah dengan azam di sana sini. Azam aku untuk tahun 2009 dah kecundang seminggu yg lepas iaitu nak fully breastfeed Farzana sehingga umurnya 2 tahun...aku dapat capai target peringkat ke-2 je...

Peringkat 1 : Dari lahir hingga berumur 6 bulan
Peringkat 2 : Dari 6 bulan hingga berumur setahun
Peringkat 3 : Dari 1 tahun hingga 1 setengah tahun
Peringkat 4 : Dari 1 setengah tahun hingga 2 tahun

Aku terpaksa bekalkan susu formula kepada taska Farzana kerana production harian dah tak dapat menampung permintaan anak daraku tu. Bayangkanlah hasil perahan satu hari hanya dapat lebih kurang 3 oz je...sepatutnya in total aku kena bekalkan 12 oz....mana nak cekau lagi 9 oz tu hari-hari?

Mula-mula aku pakai stok yg ada sedikit demi sedikit dan akhirnya kesemua stok yg melimpah ruah sebelum ni dah boliao....dengan tangan menggigil aku capai sekotak susu formula kat store shelf untuk bekalan Farzana kat school keesokan harinya....huhuhu...

For intro, aku belikan dia Enfagrow A+ sebab terpikat dengan banyak AAAA kat dalam susu tu....lagi pun si kakak Fatini memang pengguna EnfaKid A+, jadi aku ambik jelah brand yg sama...senang, fair and square. Respon dari cikgi kat school katanya she refused untuk minum formula...hisap sikit je pastu botol susu tu dia campakkan.....as for me....hanya boleh grinned jelah...bangga jugak sebab my baby still choosing my breast milk dari susu-susu yg lain....asal balik keje je terus melekap kat mama dia....rindu la tu satu hari tak bau ashem ketiak mama dia....sakit pinggang mama....

Counting a year will passed on, next year aku akan berumur 30 tahun....hohoho...dah tukar nombor kat depan you...scary....tambah lagi umur means tempoh untuk aku pregnant lagi dah semakin pendek.

Waaaa...aku nak baby boy....

Since I'm not fully breastfeed Farzana, me and hubby planned nak ada baby baru by next year (we all dah berusaha towards that dah actually...hihihi). Kalau ada rezeki ada baby baru maybe Farzana akan boleh terus tandem nursing dengan adik dia nanti....I really hope that... seriously.... friends... please pray for me...

Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan niat suci murni kami ini....amin.

Comments

Ina Hashim said…
AMIN...moga berhasillah usaha² murni itu...dan farzana dapat baby boy
Nieza Ishak said…
AMIN ...

good luck Asu, nanti kalo cfm dapat BOY share ilmu dgn Nieza ..hikhikhik.

nieza still target habiskan tempoh menyusu zulaikha, tapi rezekikan .. bukan boleh kita rancang ngeh ngeh ngeh ..

opss jiran2 nieza yg ramai berderet anak lelaki bgtahu kalo mauuu mesti 'tutttt' 2minggu sblm peyodd ... hihihi
Asu Bahiyah said…
uiks...petua berharga nih....tapi rasanya takleh nak kira-kira la....sebab since bersalin Farzana, asu period baru twice....hihihii....blasah jelah...

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...