Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

$$$$$$ and NONONONONO

menarik gak ni ...hehehhehe --> Dear Bo$$ In thi$ life, we all need $ome thing mo$t de$perately. I think you $hould be under$tanding of the need$ of u$ worker$ who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company. I am $ure you will gue$$ what I mean and re$pond $oon. Your$ $incerely, Marian $hih ------------ -------- If you the BO$$ you can reply as follows: Dear Marian I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet. NOw the newspaper are saying the world`s leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad.I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean. Yours truly, Manager .............................

Terasa sunyi...

Korang pernah tak rasa macam yang aku rasa sekarang?? Aku rasa sunyi sangat. Sejak aku dah jarang-jarang sekali jengah forum breastfeeding di http://www.cari.com.my/ gara-gara opis aku yang suka blocked internet access sana sini sinun, aku rasa macam dah kehilangan kawan-kawan seperjuangan. Sesungguhnya dalam hidup realiti ni pun aku tak le ramai sangat kawan yang rapat. Kawan-kawan sekolah pun hanya setakat bertanya khabar dari friendster, email dan facebook je. Kemudian aku berkecimpung dalam bidang per"forum"an dan dapat jumpa ramai mommies yang sama-sama berjuang untuk menyusukan anakanda tercinta dengan susu ibu. Pada saat tu aku rasa sangat bahagia, dikelilingi oleh teman-teman yang sangat supportive dan sporting walapun tak pernah bersua muka (hanya pernah jumpa Aja dan Sue je). Hari-hari mesti aku nak membelek forum untuk membaca perkembangan terkini semua mommies... owh...indahnya dunia... Kusangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis mengundang...ehceh...layan.....

Blog berat??

Dapat satu blog gadget ni dari nieza...boleh check blog kita susah or senang nak load. Ni aku copy paste dari blog nieza The verdict said : bawah 200KB memang ok laa... kalau 150kb kebawah lagi laa cantik.. laju!~ cepat loading :) So aku test dan here's the result...wolla... Korang pun boleh test kat sini ---> http://ady.via.my/2009/06/blog-berat.html

SARAKIDS Mini Open day

Live from Sarakids ....eh chewah...live dari umahku la.... Hari ni sepetang we all satu family melepak di Sarakids sempena sambutan birthday anak sulung Puan Farah yang kedua, buat serentak dengan mini open house. Memula tu risau jugak nak pegi, mcm2 yg aku fikir, maklumlah aku ni tak pernah join memana gathering org2 cyber ni. Yang aku kenal kat situ hanyalah Puan Farah (Pa'an) yang diperkenalkan oleh Sue (owner Lunatots). Risau weih... Nak ke En.Hubby pegi? Ada ke org yg kenal dan nak layan aku? Tak meragam ke Fatini or Farzana nanti? Setelah persetujuan En.Hubby diperolehi, aku pun gamble je pegi angkut anak beranaks. Tak sangka pulak kitorg disambut dengan warmest welcome dari Ajk-Ajk majlis. Siap dapat goodies bag lagi masa register tu dan dapat nombor cabutan bertuah (SK 035). Dapat jugak goodies bag dari Tootsie Bitsie - Thanks Farah and Rinie I got something from the Cabutan Bertuah event. It was a nursing blouse from Butik Mydreams tapi sayangnya saiz baju tu XXL...huwa...

Swimming@Palace of the Golden Horses

Hari Ahad - 14 Jun 2009, sempena birthday Nor Hidayah, sepupu Fatini dan Farzana so kitorg telah diajak untuk pergi swimming oleh her parents (my sister la tu...). Lokasinya ialah di Palace of The Golden Horses. Namanya hebat tapi kolam dia takdelah sehebat nama hotel tu...tak secanggih yang aku expect la...ada 2 kiddies pool, yang cetek dan yang dalam sikit pastu ada 2 slide yg ala-ala sunway lagoon tu (part ni je yang best pun). Kolam dewasa ada satu unit. Yang aku tak berapa berkenan is enviroment dia yang macam tak welcomed visitors je...aku lebih suka Pusat Akuatik Shah Alam yang nampak cleaned dan selesa walaupun ianya adalah public pool....thumbs up for Pusat Akuatik Shah Alam. Bayaran masuk pun murah plus parking free. Kat Palace of The Golden Horses tu parking kena RM6 walaupun dah ada membership (pun mahal jugak bayarannya...) So...next swimming session aku vote for Pusat Akuatik Shah Alam. Aku nak trained Fatini supaya dia tak takut main air, sekarang ni dia hanya berdi...

Tolong kemaskan atau tolong sepahkan??

Dah macam-macam perangai si budak kecik ni...hahahaha....

Outdated post : Birthday Farzana Celebration

Simple but meaningful. Hanya beli sebiji kek kecil dan raikan bersama Papa, Mama, Kakak Fatini and the birthday girl, Nur Farzana. HAPPY 1ST BIRTHDAY SAYANG!!!

Lawatan ke Putrajaya

Tajuknya macam budak sekolah kan?? Pada hari Selasa 16 Jun 2009, opis aku mengadakan lawatan ke Putrajaya tapi bukanlah nak pegi Masjid Putra, Alamanda bagai. Tempat yang kami lawat ni lebih menarik lagi iaitu Putrajaya Underground Utility Tunnel. Terowong bawah tanah sepanjang lebih kurang 10.8km ini mengelilingi Putrajaya core island. Ia digunakan bagi tujuan membekalkan utiliti seperti air, elektrik, telekomunikasi dan lain-lain kepada kompleks-kompleks kerajaan di core island tersebut. Terowong ini mempunyai 17 pintu jalan masuk disepanjangnya. Pintu yang kami gunakan untuk masuk ke dalam terowong, terletak di hadapan Jabatan Perbendaharaan Negara. Lawatan kami turut merangkumi pusat kawalan yang mengawasi setiap aktiviti di dalam terowong terbabit. Pusat kawalan tu terletak berdekatan PPU18, di belakang kompleks Bahagian Pinjaman Perumahan. Ia diawasi 24-jam sehari dan dilengkapi dengan CCTV serta sensor-sensor pelbagai guna seperti sensor pintu, paras air, kandungan udara dan lai...

Naik train, bas dan aeroplane

Posting yang sudah kan mama ada sebut yang kita nak balik kampung mama tok, ada keje kahwin my BIL...well...seminggu dah berlalu, perjalanannya sungguh mencabar sebab mama terpaksa travel dengan 2 org anak kecil naik train (putra lrt), naik bas (skybus) dan naik aeroplane (airasia le...) untuk sampai ke kampung. Nasib baik naik aeroplane, sekejap je dah sampai ke destinasi. Kalaulah mama kena naik bas balik kampung MIL tu...ya ampun, dah la jauh amat, lama betul kena duk dalam bas. Yang paling mama risau adakah anak2 mama ni akan behave sepanjang jalan??? Papa memang dah ada di kampung sebab kebetulan ada keje/outstation kat sana so mama dgn anak2 jelah yg travel dari KL. Bayangkan mama sedang mengendong seorang bayi dengan memimpin tangan seorang kanak2 sambil cuba2 memuatkan diri ke dalam putra lrt yg sedang sarat dgn penumpang. Pheww....nasib baik semuanya ok dan perjalanannya pun tak jauh sgt, hanya dari stesen Abdullah Hukum ke KL Sentral. Yang paling happy is kakak la sebab dapat...

Birthday Nur Farzana - 1st

Pada 30 Mei 2009 hari tu genaplah umur anak dara kecil ku Nur Farzana berumur satu tahun. Ini bermakna perjalanan breastfeeding aku jugak dah mencecah setahun...bangga siot. Paling bangga is bila aku masih mengepam susu badan dgn jayanya untuk bekalan ke nursery hari esoknya serta membuat stok satu ketul setiap hari walapun kuantitinya hanya 3oz. Oklah tu...Farzana pun sekarang hanya minum 2oz maksimum sekali hadap. Baru2 ni dia alami growth spurt selama almost sebulan...Farzana hanya minum 1oz, once a day!!! Sungguh hatiku gundah gulana, risau dia tak dpt khasiat yg secukupnya. Infact, berat badan dia pun dah susut sikit, no more pipi bam bam mcm dulu....huhuhuhu.... Nasib baik la sekarang ni dia dah ok sikit, 2oz per feeding, 3 times per day....alhamdulillah... Bila aku introduce dia kat org as budak berumur satu tahun, ramai la yang asyik tanya "Dah boleh jalan ke?".....eeeeeee....tensen makcik nak jawab. The truth is Farzana masih belum berjalan, hanya pandai meniti dan ...