Sedih betul kalau dikenang production susu aku sekarang...setiap hari aku terpaksa top up dengan stock beku satu atau dua ketul. Jarang-jarang sekali aku dapat memenuhi keperluan harian Farzana di taska. Umpama mimpi kalau aku dapat hasil yg boleh dijadikan stock. Semua mimpi ngeri ni bermula ketika bulan puasa tempohari. Pada masa tu memang hasil perahan amat merosot akibat kurang minum air dan makan. Tapi aku sabarkan hati dengan harapan semuanya akan kembali normal selepas raya nanti tapi....dah sebulan hari raya pun produksi aku masih di takat tu...mujur aku ada banyak stock beku yg aku buat sebelum ni, inilah penyambung hayat breastfeeding journey aku sekarang. But...pagi ni aku jengah peti sejuk aku tu, hanya tinggal empat ketul je lagi stock aku yg ada...means hanya cukup untuk 4 kali feedings je lagi. scary....huhuhuhu... Sebenarnya berat badan aku susut sangat drastik semasa bulan puasa...aku sekarang hanya lebih kurang 42kg ketika tu, adakalanya mencecah 41kg sahaja. Aku ...